saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 12/10/2007

Tempoh solat Hari Raya Aidilfitri

SOALAN
SAMA anda perasan ataupun tidak, waktu solat Aidilfitri kebiasaannya tidak sama antara satu masjid dengan satu masjid yang lain. Macam mana ni, bagaimana tempoh solat Hari Raya sebenarnya?

JAWAPAN

Biasanya di Malaysia, solat sunat Aidilfitri dilakukan sekitar pukul 8.15 hingga 9 pagi. Ini kerana waktu solat ialah di antara terbit matahari kadar tinggi segalah hinggalah waktu tergelincir matahari.

Biasanya waktu solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit tetapi janganlah sampai sudah panas terik. Kalau pukul 11 pagi baru solat sunat Aidilfitri, itu sudah dianggap lewat tetapi solat sunat Aidilfitri masih sah kerana waktunya hingga gelincir matahari.

Hikmahnya agar terbeza daripada solat sunat Aidiladha kerana solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Lagipun hikmah dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang untuk dikeluarkan zakat fitrah dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.