saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/10/2007

M.Rajoli macam ayah saya – Nik Sayyidah

Seronok berbual dengan pelakon Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha. Celotehnya, sama macam lakonannya dalam program bersiri siaran RTM1 setiap Jumaat 10.30 malam itu.

Kak Tim hubungi Nik baru-baru ni sebab nak tanyakan gosip hubungannya dengan M.Rajoli. Kak Tim sudah terdengar, kononnya Nik dah jadi isteri ketiga pelakon popular itu.

Soal nikah kahwin, cerai berai, hidup dan mati ni memang Kak Tim tak berani nak cakap sembarangan. Sebab tu Kak Tim telefon Nik, tanya sendiri kesahihannya.

Waktu tu penghujung puasa. Kak Tim dengar suara Nik termengah-mengah jawab panggilan Kak Tim.

“Sorry la saya tengah buat senaman ni. Tapi tak apa. Kita boleh bercakap,” kata Nik mesra.

Patutlah kata rakan-rakan, Nik sudah kurus. Tengok tu, bulan puasa pun bersenam.

Rupanya kata Nik, sepanjang bulan puasa, dia melakukan senaman selama 15 minit pada sebelah pagi dan 15 minit pada sebelah petang.

“Tapi kalau tak puasa, Nik bersenam dua jam sehari. Nik dah tak makan nasi. Menu tengahari Nik cuma sebiji epal hijau dan dua keping biskut Jacob’s. Pagi, Nik cuma ambil secawan kopi,” cerita Nik tentang dietnya.

Kini kata Nik berat badannya sudah merosot dari 103 kilo menjadi 58 kilo.

Tentu ada sebab tiba-tiba Nik berusaha cantikkan badan. Kata orang, gadis 25 tahun macam Nik, kalau tiba-tiba beriya-iya benar jaga badan tentu dah dekat nak kahwin.

Betul ke gosip dengan M.Rajoli tu? Sakat Kak Tim pada Nik.

“M.Rajoli dengan isterinya Wan Chik tu dah macam ayah dengan emak Nik. Memanglah Nik nak kahwin tapi calonnya masih dicari. Senang cakap, Nik masih belum ada calon suami. Jadi kalau dengar cerita Nik dah kahwin tu, memang tak betul.” Begitu kata Nik terus terang.

Masih seronok bercerita tentang kecantikan, kata Nik, dia kini mengusahakan Salon Decassorga yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang.

“Datanglah! Ada spa, ada sauna. Nik ada lima petugas mahir dari Thailand untuk melakukan kerja-kerja mencantikkan wanita di salon tu. Lepas raya ni, Nik nak buka satu lagi di Carlton Hotel, Shah Alam.

“Awal tahun depan, Nik nak lancarkan produk daripada herba yang keluarga Nik gunakan sejak 15 tahun lalu.”

Begitulah Nik Sayyidah Fatiha. Sibuk berlakon. Namun masih sempat berniaga. Dan dalam pada mencantikkan diri, Nik tak lupa menjaga keselamatan diri. Sebab itu, kelas tomoi pun diusahakannya juga.

KAK TIM: Memang respeklah kat Nik ni. Ligat betul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.