saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/10/2007

Hayat pembantu kaunselor Pengasih

MENJALANI kehidupan sebagai pembantu kaunselor membuktikan betapa utuhnya semangat dan keazaman Hayat atau nama sebenarnya Jamilul Hayat untuk merubah kehidupan yang dahulunya terumbang-ambing.

Hayat yang juga merupakan adik kepada penyanyi lelaki popular Jamal Abdillah pernah menjalani kehidupan sebagai artis di era 80-an. Bagaimanapun, tatkala namanya menjulang populariti, dia disahkan terjebak dengan dadah dan kegiatan jenayah.

Walaupun masyarakat memandang serong, dia tetap tabah mengharungi kehidupan dan kini bangkit kembali meniti kehidupan normal seperti orang lain.

Siapa sangka Hayat yang dahulunya tenggelam dan hanyut di bawah pengaruh dadah dan masalah jenayah kini sudah bergelar pembantu kaunselor di Pengasih. Raut wajah yang bersih dan tenang membuktikan dia kini jauh daripada ancaman dadah.

Hayat yang ditemui di Pengasih baru-baru ini menyatakan Pengasih adalah tempat terbaik baginya untuk mendapatkan kembali ketenangan dan kehidupan normal seperti manusia lain.

"Saya benar-benar bersyukur ke hadrat Allah kerana masih ada lagi tempat bagi saya yang telah pincang dalam kehidupan untuk memperbaiki diri.

"Banyak yang saya pelajari di sini, terutamanya dalam menguruskan kehidupan dari segi mental dan fizikal," katanya yang juga merupakan bapa kepada enam orang anak yang berusia antara dua hingga 12 tahun.

Hayat yang popular dengan lagu Gelora Cintaku dan Sepi Di Hujung Rindu itu mengakui dia telah mula menjejakkan kaki ke Pengasih sejak tahun 1998.

Menurutnya, selama dua tahun dia berusaha bangkit dan cuba menghindari pengaruh dadah.

"Dari situ saya belajar untuk cuba hidup tanpa dadah. Saya tahu saya boleh buat tapi saya tak boleh nak lakukan sendirian. Jadi, saya perlukan sokongan daripada rakan-rakan sebaya ataupun persatuan.

"Alhamdulillah, Tuhan membuka hati saya dan kuatkan semangat saya untuk berubah. Kini, yang menjadi tunggak kekuatan saya adalah isteri dan anak-anak saya," kata Hayat yang pernah menyandang gelaran Naib Johan Bintang RTM pada 1985.

Hayat memainkan peranan dalam memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada penghuni-penghuni Pengasih dalam membantu meringankan beban dan juga tekanan yang mereka hadapi.

Pun begitu, dia juga bertindak sebagai kaunselor kepada abangnya Jamal, yang juga merupakan penghuni di Pengasih.

Menurut Hayat, dia kini masih lagi menerima undangan menyanyi dan bergiat dalam bidang nyanyian terutamanya menerusi lagu-lagu dakwah.

"Alhamdulillah, album koleksi klasik saya yang diedarkan oleh NSR Record telah pun berada dipasaran," katanya.

Bagaimanapun, kata Hayat promosi yang kurang menyebabkan tidak ramai yang tahu tentang kewujudan album tersebut dipasaran.

Ditanya sekiranya diberi peluang menghasilkan album duet bersama abangnya Jamal, Hayat berkata, "Kalau ada usaha kearah itu, saya memang nak sangat, walaupun mungkin nanti ada yang cuba membandingkan cara nyanyian antara saya dengan Jamal.

"Kami pernah juga menyanyi bersama dalam persembahan pentas. Memang dapat sambutan yang baiklah dari peminat. Bagaimanapun, peluang untuk menghasilkan album duet itu belum ada lagi," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.