saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/10/2007

Banjir di Batu Pahat surut

BATU PAHAT 24 Okt. – Kesemua 12 keluarga yang terpaksa dipindahkan ekoran banjir kilat di beberapa buah kampung di sini semalam telah dibenarkan pulang pagi ini.

Mereka yang terlibat terpaksa menginap di pusat pemindahan banjir sementara di Balai Raya Kampung Parit Laman di Parit Sulong, dekat sini

Mereka merupakan sebahagian penduduk yang terpaksa dipindahkan ekoran banjir kilat setinggi 1.5 meter yang melanda empat kampung iaitu Parit Lapis Laman dan Kampung Sentang Batu di Parit Sulong, Kampung Air Putih dan kawasan Simpang Tiga di Seri Medan.

Seawal pukul 8 pagi penduduk yang terlibat telah mula membersihkan dan mengemas rumah masing-masing yang kebanyakannya dimasuki air hingga ke paras buku lali terutama rumah-rumah rendah.

Bagaimanapun, banjir tersebut tidak menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih lagi hangat dirasakan kerana mangsa masih lagi menerima tetamu seperti biasa.

Namun, timbul juga kebimbangan akan berlaku banjir kilat sekali lagi ekoran cuaca mendung sejak awal pagi ini.

Banjir tersebut juga telah mengorbankan seorang mangsa, Nordiana Kosri, 18, penghidap penyakit sawan yang ditemui maut kerana jatuh tertiarap di bilik air yang dimasuki air banjir sedalam lima sentimeter di kampung tersebut.

Seorang mangsa, Hairullah Taimin, 54, yang sibuk membersihkan parit kecil di sebelah rumahnya ketika ditemui memberitahu, banjir kilat yang turut memasuki kawasan dalam rumahnya semalam adalah kali keempat dalam tahun ini.

Beliau berkata, kedudukan tanah di kampung tersebut yang rendah kemungkinan menjadi penyumbang utama banjir kilat sejak kebelakangan ini.

Katanya, ini kerana parit-parit di kampung tersebut telah dibersihkan terutama selepas banjir besar yang melanda akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

‘‘Tak tahulah kenapa banjir masih boleh berlaku. Tapi biasanya bila hujan lebat air tidak akan mengalir keluar tetapi melimpah ke kebun-kebun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Haslina Mansor, 37, yang turut dipindahkan memberitahu, sejak dia tinggal di situ lebih 10 tahun sudah empat kali rumahnya dilanda banjir kilat.

‘‘Sejak dulu keadaan kawasan ini memang macam ini kerana mungkin sistem perparitan yang sudah tidak sesuai,” ujarnya kepada Utusan Malaysia yang meninjau keadaan banjir di situ.

Menurut Haslina, pihak kerajaan perlu membuat kajian bagaimana mengatasi masalah yang sering melanda kampung itu.

Haslina yang berpindah ke balai raya kampung berkenaan semalam, memberitahu, hujan berterusan sejak pukul 11 malam kelmarin, hingga 10 pagi semalam mengakibatkan rumah-rumah di kampung berkenaan dimasuki air.

‘‘Memang bosan asyik kena membersihkan lumpur yang masuk ke dalam rumah, itu tidak termasuk pelbagai barangan yang rosak,” ujarnya.

Aliah Sarman, 60, pula berkata, sejak 30 tahun menetap di kampung berkenaan, banjir yang terawal dirasainya adalah pada tahun 70-an tetapi ketika itu kebanyakan rumah di situ tinggi-tinggi, jadi tiada penduduk yang perlu berpindah.

Tambahnya, tahun ini merupakan yang paling teruk sejak banjir besar melanda Disember tahun lalu dan mengharapkan agar pihak kerajaan segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir.

‘‘Penat rasanya setiap kali banjir, baru dikemas, banjir lagi, ini banjir lagi, nasib baik rumah saya sebahagiannya rumah atas, tetapi di bahagian dapur memang dimasuki air,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, setiap kali hujan, semua penduduk di kampung berkenaan akan bersiap sedia untuk berpindah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.