saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/10/2007

Drama Dinasti Bilut di RTM1 mulai Isnin ini


PENGGERAK utama Dinasti Bilut; Rosyam Nor (duduk) dan Bade Azmi.


MEMANG tidak dapat dinafikan bahawa hampir tidak ada drama yang memaparkan kehidupan masyarakat dan peneroka Felda.

Justeru usaha Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk memberi gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat itu dalam bentuk drama bersiri, Dinasti Bilut harus dipuji.

Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., Dinasti Bilut mampu memberi kesedaran bukan sahaja di kalangan masyarakat Felda tetapi juga masyarakat seluruh negara terutamanya generasi baru mengenai cabaran dan pahit getir pembangunan tanah rancangan tersebut.

Drama ini merupakan kesinambungan dari filem Bilut yang dilakonkan oleh pelakon lelaki popular negara, Rosyam Nor dan Siti Shahrizah (Eja) yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade Azmi.

Kejayaan filem Bilut yang menyentuh perasaan ramai penonton akhirnya membawa drama bersiri 40 episod itu ke kaca televisyen yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Astaka Perdana, pukul 10.30 malam di RTM1 bermula Isnin ini (29 Oktober).

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin yang ditemui pada Majlis Menyempurnakan Persefahaman Suara Felda dengan RTM dan Pelancaran Drama Dinasti Bilut memberitahu, drama ini adalah salah satu langkah RTM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap institusi Felda.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama tersebut ialah Shahronizam Noor sebagai Danial, Bienda (Shidah), Sabrina Hassan (Rozie), Tan Sri Datuk Jins Shamsudin (Tan Sri Mustafa), Datuk Jalaluddin Hassan (Datuk Razwan) dan Aida Radzwil (Datin Haliza).

Turut membintangi drama tersebut ialah M. Rajoli (Imam Hassan), Abu Bakar Omar (Pak Mail) dan Zamarul Hisham (Saiful).

Penerbitnya, Rosyam Nor berkata drama Dinasti Bilut merupakan drama bersiri paling mahal yang pernah diterbitkan oleh pihaknya.

"Malah, belanja untuk menghasilkan satu episod mencecah RM33,000 hingga RM35,000, menjadikan kos keseluruhan pembikinannya melebihi RM1.5 juta," kata Rosyam.

Menurut Rosyam, dia mensasarkan rating melebihi 2 juta penonton sepanjang tayangan drama bersiri tersebut di RTM1.

Sementara itu pengarahnya Bade Azmi yang ditemui pada majlis yang sama menganggap projek tersebut adalah projek besar, apatah lagi krew dan alatan pengambaran yang digunakan adalah hampir sama dengan jumlah untuk menghasilkan sebuah filem.

Bade memberitahu, pengambaran yang melibatkan 40 orang krew itu memakan masa selama empat bulan memandangkan penggunaan banyak lokasi Felda seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya harapkan drama Dinasti Bilut ini akan menjadi salah satu drama bersiri yang mendapat sambutan baik di kalangan penonton RTM," katanya.

Sinopsis

Memaparkan kisah suka duka Danial, seorang petugas di Felda dalam merealisasikan impian negara. Danial merupakan cucu kepada seorang peneroka Felda terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang berlaku sama ada di peringkat global mahupun nasional.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai konflik keluarga yang mementingkan harta dunia, sikap tunangnya Rozie yang materialistik dan iri hati rakan sekerja, dia juga terheret dalam kisah cinta dengan seorang gadis peneroka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.