saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 27/10/2007

Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Pengarah Tenaganita

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar gantirugi RM200,000 kepada pengarah Tenaganita Sdn. Bhd., Irene Fernandez berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau, kira-kira 12 tahun lalu.

Hakim Datuk Tee Ah Sing memerintahkan gantirugi am itu dibayar bersama faedah empat peratus dari tarikh writ saman tersebut difailkan pada tahun 1996 sehingga tarikh penghakiman dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga bayaran dilunaskan.

Beliau turut memerintahkan injunksi menghalang defendan-defendan melalui diri mereka sendiri, ejen-ejen, pekerja-pekerja atau kakitangan-kakitangan mereka menerbit atau menyebabkan penerbitan fitnah yang sama atau serupa berhubung perkara tersebut.

Defendan-defendan turut diperintahkan membayar kos bagi tindakan saman tersebut kepada plaintif.

Irene, 57, selaku plaintif menyaman Utusan Melayu (M) Berhad defendan pertama dan wartawan, Johardy Ibrahim (kini Penolong Pengarang Berita) defendan kedua berhubung artikel bertajuk Sikap Irene Lengahkan Siasatan dalam ruangan Fokus yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 September 1995.

Dalam artikel tersebut, Irene didakwa gagal memberi kerjasama dalam siasatan polis berhubung dakwaan tentang layanan buruk di depot tahanan pendatang asing seperti yang terkandung dalam satu memorandum yang didedahkan dalam satu sidang akhbar pada Ogos 1995.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.