saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/10/2007

Kuza dakwa dianiaya

Namanya kembali hangat diperkatakan selepas insiden perang mulut dengan pelakon Maria Farida di sebuah lokasi penggambaran tidak lama dulu.

Ketika namanya kembali meniti dunia popular yang sudah ‘ditinggalkan’ buat seketika, Kuza atau Tengku Sariza Tengku Muzani ada kisah sensasi terbaru.

Pastinya ia sesuatu yang sangat mengejutkan apabila pelakon bermata bundar ini dikaitkan pula dengan isu khalwat bersama seorang ahli perniagaan.

Kuza dan pasangannya Ramyus Sidique Sidek, 38, dilaporkan telah diserbu oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Pasir Mas, Kelantan pada 19 Oktober lalu kerana didakwa berkhalwat. Dalam kejadian awal pagi itu, mereka dikatakan berada di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan.

Keesokannya Kuza dan Ramyus dipanggil memberi keterangan di Pejabat Agama Islam Daerah Pasir Mas.

Berita tersebut turut disiarkan di sebuah akhbar tempatan tanpa menyebut nama kedua mereka dan kes itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pada November ini. Peristiwa itu ternyata meninggalkan satu kesan hitam dalam kehidupan Kuza dan juga lelaki berkenaan.

Pancaindera berkesempatan mendapat penjelasan sebenar daripada kedua-dua mereka mengenai insiden itu.

Tidak menolak kejadian yang berlaku sebagai satu sabotaj, Ramyus mendakwa dia dan Kuza sebenarnya teraniaya.

”Kami sebenarnya sudah berkahwin dan sah sebagai suami isteri,” kata Ramyus kepada Pancaindera. Tidak mahu menjelaskan di manakah perkahwinan tersebut berlangsung tetapi kata Yus, mereka mempunyai bukti mengenai perkahwinan berkenaan.

Pasangan ini mendakwa sudah berkahwin pada 16 Oktober beberapa hari sebelum insiden khalwat itu terjadi.

Menurut Ramyus lagi dia dan isteri begitu sedih dengan kejadian berkenaan dan tidak menolak ia sesuatu yang dirancang oleh pihak yang tidak menyenangi hubungannya dengan Kuza.

Mengulas mengenai kejadian diserbu itu, katanya ia berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Ketika itu ada lebih sepuluh orang di dalam rumah termasuklah lima orang anak-anak saya dengan bekas isteri pertama yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

“Selain mereka, terdapat juga anak-anak saudara saya yang berumur antara 8 hingga 17 tahun di dalam rumah keluarga saya pada masa itu,” katanya.

Yus mendakwa dia amat kecewa dengan kejadian itu kerana hasratnya untuk memaklumkan mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri kepada umum tidak berlaku sebagaimana yang dirancang gara-gara peristiwa berkenaan.

Kuza yang juga kecewa tidak menolak ada pihak yang seolah-olah berusaha untuk memalukan dirinya.

“Saya memang dah rancang untuk mengadakan satu majlis yang sederhana bagi mengumumkan perkahwinan kami tetapi apa yang dirancang, lain pula jadinya,” jelas beliau.

Tidak menafikan mengenali Yus kira-kira dua tahun lalu, akui Kuza dia sememangnya rapat dengan keluarga suaminya itu.

Malah mereka juga sudah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga sehinggalah saat-saat bahagia itu menjelang selepas beberapa hari umat Islam menyambut 1 Syawal.

Bagaimanapun sebagai seorang pelakon yang ingin kembali serius dalam dunia seni Kuza menganggap apa yang terjadi dalam hidupnya itu adalah asam garam sebagai seorang artis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.