saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/10/2007

Pendekar 5 bukan drama purba biasa

Sebuah lagi drama bersiri arahan sutradara kreatif Aziz M. Osman, menemui penonton setiap Rabu, pukul 9 malam di TV9 bermula 24 Oktober lalu.

Pendekar 5 menyaksikan persahabatan lima pahlawan Melayu Melaka zaman dahulu iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir.

Drama aksi itu menampilkan Cico Harahap, Beego dan tiga pelakon baru iaitu Kish, Qazeem Nor dan Adli.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa konsep drama purba menjadi pilihan pengarah walhal genre itu sukar meraih menonton yang ramai.

Ketika ditemui pada majlis pelancarannya baru-baru ini, Aziz menjelaskan, "Memang ini merupakan drama purba tetapi saya telah menerapkan unsur kontemporari pada style dan approach drama ini. Ini bukan drama purba seperti yang lain tetapi ini drama purba komersial."

Justeru, kata Aziz, dia tidak gusar terhadap penerimaan penonton pada drama itu. Begitu juga terhadap pelakon-pelakon baru yang ditampilkannya.

"Saya tahu kalau watak pendekar sahaja, penonton sudah bayangkan pelakon-pelakon yang sudah sinonim. Tapi saya cuba tampilkan pelakon-pelakon baru untuk watak itu kerana saya mahu menarik golongan muda menyaksikan drama sebegini.

“Saya harap watak-watak dalam Pendekar 5 mampu mencetuskan semula minat golongan muda terhadap pahlawan Melayu yang selama ini lebih mengenali superhero Barat.

Selain Aziz, dua lagi pengarah yang terlibat menjayakan drama bersiri 26 episod ini ialah Nyon Othman dan Hafiz Along Othman.

Harapan Aziz, tidak ada pihak yang akan mempertikaikan jalan cerita Pendekar 5.

“Drama ini bukanlah sebuah drama sejarah tetapi merupakan sebuah drama aksi. Memang drama ini mengisahkan tentang Hang Tuah dan rakan-rakannya, tapi saya tak menceritakan tentang sejarah mereka. Saya menampilkan watak mereka dalam sebuah jalan cerita baru untuk menarik minat golongan muda. Malah pastinya ada yang akan mempertikaikan drama ini apabila watak Hang Kasturi dan Hang Lekiu digambarkan sebagai watak bukan Melayu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.