saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 29/10/2007

HAI-O yakin ketuai syarikat jualan langsung

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Hai-O Marketing Sdn. Bhd. mampu menduduki tangga teratas antara syarikat jualan langsung di negara ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi jika seluruh warganya meneruskan usaha sedia ada, kata Pengerusinya, Tan Sri Osman S Cassim.

Syarikat itu kini berada dalam kumpulan lima syarikat tertinggi dalam daftar Persatuan Jualan Langsung Malaysia, katanya ketika berucap pada jamuan malam syarikat itu di Putrajaya.

Beliau berkata, Hai-O Enterprise Bhd. juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa baru-baru ini dengan majalah Forbes Asia keluaran bulan Oktober mengiktirafnya sebagai “Best Under A Billion”, iaitu anugerah yang diberikan kepada syarikat awam kecil dan sederhana dengan pulangan bawah AS$1 bilion serta merekodkan keuntungan dan pertumbuhan stabil dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, Pengarah Urusan Hai-O, Tan Kai Hee akan menerima anugerah itu di Singapura pada 28 November ini.

Tan pula berkata, Hai-O Marketing mencatat rekod jualan lebih RM20 juta pada bulan September.

Syarikat itu kini mempunyai 92 usahawan jutawan dalam kategori “Crown Diamond Manager”.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.