saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/10/2007

Norizan jurulatih baru Kelantan

KOTA BHARU – Bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar bakal memikul tanggungjawab meningkatkan semula mutu bola sepak Kelantan apabila dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negeri.

Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa), Datuk Seri Annuar Musa berkata pengalaman Norizan, 46, diperlukan untuk menaikkan kembali nama Kelantan di arena bola sepak negara.

‘‘Kami rasa beliau paling layak berdasarkan pengalaman bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa,” katanya ketika mengumumkan barisan anggota jawatankuasa baru Kafa di sini, semalam.

Annuar berharap dengan kelebihan yang ada pada Norizan itu dapat membantu pasukan bola sepak Kelantan untuk mencapai sasaran layak bergelar juara pada Liga Perdana akan datang.

Pada majlis itu juga, Annuar memperkenalkan logo baru pasukan Kelantan, iaitu dengan pemilihan gambar kijang yang lebih dinamik.

Beliau berkata Kafa juga melantik Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ismail Petra, sebagai penaung pasukan bola sepak Kelantan.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.