saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/10/2007

Kisah Kaisara pertaruhkan pelakon baru


EMPAT pelakon utama Kisah Kaisara (dari kiri) Wan Sharmila, Sari Yanti, Elliza dan Nabila Nur Naquiyah pada majlis pelancaran drama bersiri tersebut.


ADA di kalangan penonton yang berasa bosan apabila stesen-stesen televisyen (TV) sejak kebelakangan ini kerap menyiarkan drama-drama yang menampilkan barisan pelakon yang sama.

Menyedari hakikat itu, syarikat Ace Motion Sdn. Bhd., cuba mencari kelainan dengan menampilkan barisan pelakon baru menerusi drama bersiri terbaru terbitan mereka berjudul Kisah Kaisara.

Drama 13 episod yang disiarkan menerusi TV3 setiap Selasa pukul 10 malam sejak 30 Oktober lalu itu membariskan pelakon baru seperti Nabila Nur Naquiyah, Suhairil Sunari, Farid Irwan Baharin, Wan Sharmila Wan Muhamed, Elliza Abdul Razak dan Sari Yanti Mohamad Nazari.

Menurut pengarah Kisah Kaisara, Muhammad Husni Othman, 28, dia berharap para pelakon baru yang membintangi drama bersiri itu mampu menarik perhatian para penonton.

“Niat kami memang mahu mengetengahkan pelakon baru dengan menampilkan kelainan gaya lakonan supaya ia tidak sama dengan drama-drama bersiri TV yang lain.

“Contohnya, kalau kami gunakan pelakon sitkom Puteri berlakon dalam Kisah Kaisara, tentulah ia nampak sama dan kurang menarik.

“Walaupun ramai pelakon baru dalam drama bersiri ini, tetapi mereka cukup berbakat. Cuma mereka mungkin kurang mendapat pendedahan dalam bidang lakonan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Kisah Kaisara di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, kelmarin.

Cabaran

Jelas Muhammad Husni atau lebih dikenali sebagai Nyon Othman, cabaran utamanya mengarahkan drama itu ialah bagaimana untuk menyesuaikan karakter watak-watak yang dilakonkan oleh para pelakon terbabit.

Ini kerana katanya, kebanyakan watak yang dilakonkan oleh mereka merupakan remaja sekolah menengah yang berusia belasan tahun.

Sedangkan para pelakon yang membintangi drama bersiri tajaan Kotex itu pula kebanyakannya sudah pun berusia 20 tahun ke atas.

“Cabaran utama saya ialah bagaimana untuk memastikan agar para pelakon dapat melakonkan watak pelajar sekolah dengan berkesan.

“Mujurlah saya dapati ramai murid-murid sekolah menengah sekarang ini saiz badan mereka agak besar dan seperti remaja yang berumur 20-an.

“Selain itu, cabaran saya ialah bagaimana untuk menarik para penonton menonton drama bersiri ini. Saya sasarkan penonton drama bersiri ini berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun.

“Bagi saya, bukannya mudah untuk menarik perhatian mereka supaya menonton drama bersiri seperti ini walaupun jalan ceritanya tidaklah serumit mana. Cuma penonton remaja sekarang ini sahaja yang agak cerewet sedikit,” ujarnya.

Tambah Nyon, Kisah Kaisara mengisahkan tentang remaja sekolah yang mudah terjebak di alam percintaan dan masalah pergaulan sesama mereka yang boleh mencetuskan pelbagai konflik.

Sari Yanti, 23, yang melakonkan watak utama sebagai Kaisara berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak itu biarpun terpaksa bertudung.

Imej

Kata Sari, cabaran melakonkan watak Kaisara ialah untuk memberi imej positif terhadap pelajar wanita yang bertudung bahawa mereka juga boleh aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti seperi kokurikulum di sekolah.

“Walaupun di luar lokasi saya tidak bertudung tetapi saya tidak terasa janggal apabila melakonkan watak Kaisara yang bertudung.

“Watak yang saya lakonkan itu merupakan seorang pelajar yang baik kerana dia suka memberi nasihat kepada kawan-kawannya.

“Kaisara membuktikan bahawa bertudung tidak menghalangnya aktif seperti remaja-remaja lain yang tidak bertudung,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pelakon Kisah Kaisara, Elliza menjelaskan, biarpun bidang lakonan masih asing bagi dirinya, tetapi dia mampu melakonkan watak Dania menerusi drama terbitan syarikat milik Aziz M. Osman itu dengan baik.

Malah, bekas peserta program realiti TV, Akademi Fantasia 3 ini juga tidak menyangka akan terbabit dalam dunia lakonan biarpun jiwanya lebih ke arah bidang seni suara.

“Saya masih lagi mencari-cari arah dalam bidang lakonan. Tetapi saya yakin boleh berlakon dengan baik, cuma selama ini saya tidak menyedari saya mempunyai bakat dalam bidang lakonan.

“Meskipun sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan tetapi saya tetap tidak akan melupakan bidang nyanyian,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran Kisah Kaisara ialah Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura, Rosnah Ramly.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.