saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 31/10/2007

Rayuan Khalid Jafri dibatal, ganti rugi RM4.5 juta kekal

PUTRAJAYA 30 Okt. Ganti rugi saman fitnah berjumlah RM4.5 juta yang diputuskan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal setelah Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM, Datuk Khalid Jafri dan isterinya, Datin Rozihan A. Ghani.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Wan Adnan Muhamad membatalkan rayuan itu atas permintaan peguam perayu.

Peguam V. Raja Singam memaklumkan bahawa pihaknya tidak mendapat arahan lanjut daripada Rozihan mengenai kedudukan rayuan tersebut selepas kematian suaminya malah peguam juga telah terputus hubungan dengan anak guam itu.

Khalid, 65, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Selayang pada 29 Ogos 2005.

Pada 18 Ogos 2005, Anwar diberi ganti rugi berjumlah RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas beliau menang dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku tersebut dan isterinya.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan supaya Anwar dibayar RM4 juta akibat fitnah dan RM500,000 lagi disebabkan konspirasi.

Pada 20 Januari 2005, Anwar memenangi samannya terhadap Khalid Jafri @ Khalid Jafri Bakar Shah (defendan pertama) dan isterinya, Datin Rozihan A. Ghani (defendan kedua) yang merupakan penerbit Media Pulau Lagenda atas dakwaan menulis kata-kata fitnah terhadapnya.

Dalam saman yang difailkan pada 18 Jun 1998, Anwar mendakwa kandungan buku yang ditulis oleh Khalid adalah sesuatu yang jahat, palsu dan memfitnah dirinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.