saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 31/10/2007

Azizul jalan kaki 3 hari 2 malam


Azizul.


TIADA kata yang dapat menggambarkan perasaan Laskar Udara Azizul Azman Buyong apabila dianugerahkan beret biru pada hari bersejarah itu. Penganugerahan tersebut menandakan Azizul, 22, disahkan sebagai anggota pasukan elit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), iaitu Pasukan Khas Udara (Paskau).

Lebih membanggakan, beliau terpilih sebagai penuntut terbaik Kursus Asas Komando TUDM Siri 13/2007.

Beliau menerima pisau komando yang diukir khas atas kejayaannya itu. Ternyata penat-lelah yang dilaluinya selama tiga bulan latihan amat berbaloi.

Azizul sendiri mengakui terkejut ketika namanya diumumkan sebagai penuntut terbaik kerana beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

“Saya tidak sangka terpilih kerana ada dua, tiga lagi anggota yang dicalonkan.

“Hari ini baru tahu, terkejut apabila pengacara majlis membacakan biodata saya tadi,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis penutup kursus berkenaan di Banting, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir berkongsi kegembiraan ialah ibu bapanya, Roslina Md. Sharip dan Buyong Zainal Abidin yang merupakan bekas tentera; nenek, Kalimah Busu serta dua adiknya.

Namun, kegembiraan tersebut tidak datang begitu mudah, banyak rintangan yang terpaksa beliau tempuhi sebelumnya.

Bagi anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini, ujian lasak sejauh 160 kilometer (km) merupakan kenangan paling pahit sepanjang kursus.

Menurutnya, selama tiga hari, beliau dan rakan-rakan sepasukan terpaksa berjalan kaki dari Ulu Beranang, Negeri Sembilan hingga Sungai Pelek, Selangor.

“Kami hampir tidak tidur, makan pun tidak menentu semata-mata mahu sampai dalam tempoh ditetapkan,’’ jelas anak sulung daripada lima beradik ini.

Bagaimanapun, di sebalik segala keperitan itu masih ada manisnya.

Berkongsi bekalan makanan yang sedikit bersama-sama rakan sepasukan menjadi kenangan paling manis buat bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson ini.

“Apa yang ada, itulah yang kami masak dan makan beramai-ramai.

“Cara sebegini lebih mengeratkan semangat setiakawan kami,’’ katanya.

Azizul memberitahu, beliau akan meneruskan kerjaya dengan Paskau dalam pasukan penyelamat tempur udara (CAR).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.