saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/10/2007

Pengarah JSJK: Cakap di mahkamah bukan melalui media, kata Nazri

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ramli Yusuff sepatutnya menggunakan mahkamah bagi mempertahan dirinya dan bukannya membuat kenyataan secara terbuka kepada media berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas dirinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kenyataan Ramli kepada media semalam telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, tetapi tidak ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.

“Kita ada bincang tetapi tak ada keputusan. Kita merasakan Datuk Ramli kena pertahankan diri di mahkamah dan bukannya bagi PC (sidang akhbar),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Amanah Raya Berhad (ARB) di Wisma Amanah Raya Berhad di sini.

Nazri mengulas tindakan Ramli yang mengadakan sidang akhbar yang mengesahkan beliau adalah pegawai kanan polis yang dilaporkan media memiliki aset sebanyak RM27 juta.

Dalam sidang akhbar selama 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn itu, Ramli bagaimanapun menafikan memiliki aset sebanyak itu.

Ramli dilaporkan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada akhbar tertentu berhubung siasatan BPR terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan memandangkan penyiasatan itu belum lengkap kerana menurutnya, fakta tidak benar.

Ramli menegaskan dirinya bersih daripada sebarang kes rasuah sehingga 6 September 2006 dan adalah berdasarkan rekod bersih itu beliau disahkan sebagai pegawai kanan polis berpangkat pesuruhjaya polis.

Beliau turut mendakwa tindakan pihak BPR membocorkan maklumat siasatan terhadap dirinya sebagai pelanggaran di bawah Seksyen 21 (8), Akta Pencegahan Rasuah, walaupun beliau sendiri menunggu sehingga tiga bulan sebelum tampil membuat kenyataan kerana mahu memberi peluang kepada BPR menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Nazri berkata, beliau tidak tahu apa sebenarnya dimaksudkan oleh Ramli apabila menuduh BPR membocorkan maklumat kerana beliau mendapati BPR tidak membocorkan sebarang maklumat tentang nama orang yang disiasat.

“Saya sudah dapat kepastian daripada BPR, mereka tidak bocorkan sebarang maklumat tentang nama orang yang disiasat.

“Saya tak faham apa yang dia maksudkan yang kita tak lindung,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sekiranya saksi yang membuat kenyataan bersumpah dan kemudian didapati fakta dalam kenyataan itu tidak benar, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap saksi berkenaan.

“Itu sudah perjuri. Perjuri akan didakwa, kita tak boleh lindung.

“Tetapi ini (dakwaan Ramli), saya sebenar tak tahu apa yang dimaksudkan,” katanya.

Perjuri ialah perbuatan membohong atau membuat kenyataan palsu mengenai sesuatu perkara penting dengan bersumpah dan pengesahan di mahkamah undang-undang atau dalam mana-mana kenyataan bersumpah bertulis.

Ditanya sama ada Ramli akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan BPR itu, Nazri yang juga menteri bertanggungjawab mengenai undang-undang itu berkata, beliau tidak tahu.

Sementara itu, di Kota Bharu, Pas menggesa Perdana Menteri campur tangan segera berhubung kemelut yang melibatkan PDRM dan BPR susulan kenyataan Ramli itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, isu itu menuntut respon Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan integriti kedua-dua agensi terlibat.

“Ia juga perlu diselesai segera bagi memberi peluang pihak terlibat terutama anggota polis, melaksanakan tugas mereka dengan selesa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Kelantan berkata, pendedahan Ramli berhubung BPR memberi layanan buruk kepada pegawai polis adalah dakwaan berat.

“Pas memandang serius dakwaan itu kerana ia memberi implikasi tidak baik kepada integriti negara, soal keselamatan dan juga keadilan.

“Kita harap Perdana Menteri dapat tangani isu ini tanpa berlengah,” katanya.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.