saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/11/2007

Saya bukan perampas - Rosyam Nor


Bade (kiri) dan Rosyam Nor (kanan) bersama barisan pelakon Dinasti Bilut di majlis pratonton drama bersiri tersebut, baru-baru ini.


“SAYA tidak pernah merampas hak orang lain. Apa yang saya peroleh ini adalah di luar jangkaan. Saya sendiri tidak sangka akan dapat peluang menerbitkan drama bersiri Dinasti Bilut.

“Bila pihak RTM dan Felda sudah tawar syarikat saya untuk menerbit, bodohlah saya kalau menolak. Sebagai peniaga, saya perlu rebut peluang yang ada di depan mata,” kata Rosyam Nor tentang desas-desus yang mengatakan dia merampas peluang seorang produser lain.

Ujar Rosyam, dia mohon maaf jika produser Khatijah Abu Hassan terasa hati dengannya.

Seperti semua sedia maklum, Khatijah Abu Hassan menerusi syarikat Mega Wajasinar Sdn. Bhd., pada tahun lalu telah menerbitkan filem Bilut.

Menceritakan apa yang terjadi, jelas Rosyam, dia telah dipanggil oleh pihak RTM untuk menerbitkan drama 40 episod itu setelah pihak Felda mendapat slot tayangan.

“Saya percaya pihak RTM memanggil Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., untuk menerbitkan drama tersebut kerana rekod syarikat saya dalam bidang penerbitan.

“Pihak Felda pun tidak membantah dengan pilihan RTM. Jadi saya percaya ini adalah rezeki. Sebenarnya tidak timbul cerita yang mengatakan saya merampas hak orang lain,” katanya sambil meminta agar cerita tersebut tidak dipanjangkan lagi.

Dinasti Bilut RM1.5 juta

Dinasti Bilut yang telah disiarkan menerusi RTM1, sejak 29 September lalu pada pukul 8.30 malam, setiap Isnin hingga Khamis selama setengah jam itu bukanlah sebuah drama biasa.

Drama yang diterbitkan sempena 50 tahun penubuhan Felda itu mengisahkan tentang masyarakat Melayu yang bertungkus-lumus dalam memajukan tanah milik bangsa sendiri.

Sejajar dengan itu jugalah pihak Felda sanggup menanggung semua kos pembikinan yang berjumlah RM1.5 juta.

Menurut Badaruddin Azmi (Bade), sebagai pengarah memang dia senang bekerja apabila mendapat kos begitu banyak.

Namun jauh di sudut hatinya, Bade yang sebelum ini mengarah filem Bilut merasa berdebar.

“Saya rasa tercabar apabila terpaksa memasukkan agenda atau objektif pihak Felda dalam bentuk drama. Kalau saya buat biasa nanti Dinasti Bilut jadi dokumentari pula.

“Jadi saya perlu menyampaikan mesej dalam bentuk drama kerana dengan cara itu ia dapat sampai kepada penonton atau peneroka sendiri,” ujarnya.

Jelasnya, drama yang mengambil masa selama 40 hari penggambaran itu tidak ada kaitan dengan filem Bilut.

Dinasti Bilut menampilkan barisan pelakon seperti Sahronizam, Sabrina Hassan, Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Radzwill, Azhan Abdul Rani, Khir Rahman dan Bienda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.