saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/11/2007

AJK DAP ditahan ganggu tugas kerja penyitaan hotel

SUBANG JAYA 3 Nov. – Polis menahan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya di sini, semalam.

Ronnie, 49, yang menetap di Petaling Jaya Utara ditahan di Balai Polis Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pukul 4 petang ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, tindakan penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ini berikutan serbuan ke atas hotel itu yang membawa kepada penangkapan 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis terpaksa menahan Ronnie kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.

“Pada ketika itu, terdapat kira-kira 15 hingga 20 orang dipercayai pelanggan berlegar-legar di lobi hotel itu, namun ia tidak mengganggu tugas pihak berkuasa.

“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

Zainal menambah, polis akan berusaha mengenal pasti kaitan Ronnie dengan hotel itu sehingga beliau berkeras mempertikaikan tindakan pihak berkuasa.

“Walaupun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis, kita boleh menahannya atau memanggilnya semula sekiranya perlu dalam tempoh 14 hari ini,” ujarnya.

Mengenai siasatan ke atas hotel dipercayai mengendalikan sindiket pelacuran itu, beliau berkata, polis sedang mengenal pasti dalang atau pemilik hotel yang mengetuai sindiket itu.

Ujarnya, pihak berkuasa sudah beberapa kali menyerbu hotel itu, namun gagal menemui apa-apa sebelum ini.

“Kali ini, dengan kejayaan hasil risikan polis mengesan lorong rahsia yang banyak kali ‘menyelamatkan’ mereka, mereka tidak bernasib baik seperti sebelumnya,” katanya.- Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.