saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 05/11/2007

Negara dapat lesen hasilkan M4 Carbine

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah memperoleh lesen untuk memasang senapang Colt M4 Carbine 5.56mm bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan berkata, senjata tersebut akan menggantikan senapang jenis raifal Steyr dan juga berkemungkinan akan dieksport.

“Kita akan ganti senjata tidak lama lagi kerana kita tunggu kelulusan Kongres Amerika Syarikat (AS), saya difahamkan Kongres sudah beri kelulusan untuk pembelian senjata itu.

“Berhubung lesen pembuatan pula, kita akan terima senjata secara komponen dipasang sepenuhnya (CBU) dahulu dan lepas itu kita akan buat dalam negara.

“Jadualnya sudah ada dan saya boleh memberi butirannya kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2007 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau ditanya mengenai penggantian senjata tersebut dan usaha Kementerian Pertahanan untuk membangunkan industri pertahanan tempatan.

Tahun lalu, Najib mengumumkan penggantian semua senjata jenis raifal Steyr kepada Colt M4 Carbine 5.56mm secara berperingkat mulai tahun tersebut.

Buat permulaan, katanya, sebanyak 14,000 pucuk senjata jenis itu akan dibekalkan kepada ATM menerusi peruntukan RM70 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Najib berkata, penggantian itu dibuat kerana kemampuan dan penggunaan Colt M4 Carbine 5.56mm lebih serasi dan berkesan berbanding Steyr yang terhad dalam perkembangan penyelidikan dan pembangunannya (R&D).

Penggantian senjata ini, kata beliau, akan membolehkan pasukan tentera negara menjadi pasukan masa depan yang dilengkapi senjata paling moden yang lebih berkeupayaan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.