saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/11/2007

S. Rohani popular kerana lagu-lagu copyright

BERSANDARKAN kepada lagu hak cipta terpelihara (copyright) sahaja, S. Rohani telah mencipta nama dalam bidang seni suara.

S. Rohani atau Rohani Sheikh Isnin, amat sinonim dengan lagu-lagu dari Indonesia seperti Aku Tak Mahu Dimadu dan Pegang-Pegang Tali (berduet dengan S. Ahmad) yang dirakamkannya semula pada awal tahun 70-an.

“Waktu itu, lagu-lagu dari Indonesia sering dirakamkan semula oleh penyanyi tempatan dengan gaya tersendiri. Saya bersyukur sangat kerana lagu yang dimuatkan dalam EP pertama saya itu berjaya melonjakkan nama saya dalam bidang seni suara,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya merakamkan lagu dengan S. Ahmad, Rohani berkata, semuanya berlaku secara kebetulan. Ketika itu dia dibawa oleh seorang rakan ke Studio MMI di Shah Alam.

“Kebetulan waktu itu S. Ahmad sedang mencari rakan duet untuk rakaman albumnya.

“Tak sangka bila uji bakat, suara saya serasi dengannya dan selepas itu lahirlah album pertama saya bersama S. Ahmad pada tahun 1972 berjudul Lagu-lagu Duet. Melalui album itu, dua lagu kami iaitu Pegang-Pegang Tali dan Aku Tak Mahu Di Madu menjadi lagu kegemaran ramai. Kebanyakan lagu dendangan saya diiringi oleh kumpulan The Wanderers,” imbaunya.

Selain lagu-lagu copyright, S.Rohani juga turut popular dengan lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab, Usah Kau Rayu Padaku Lagi pada tahun 1973.

Lagu itu dipetik daripada filem Sumber Ilham Ku lakonan Rosnah Abdul Rahman.

Katanya, daripada 10 penyanyi yang diuji bakat, dia yang menjadi pilihan Ahmad Nawab untuk menyanyikan lagu tersebut.

Tambahnya, sebelum menjadi penyanyi solo, Rohani yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik itu pernah menyertai kumpulan The Kilohana Five sewaktu di kampung Jalan Semabuk, Melaka.

Bersama The Kilohana Five, Rohani yang kini ber usia dalam lingkungan akhir 50-an, sering diundang mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan.

Malah Rohani dan kumpulan tersebut pernah menjadi johan bahagian selatan dalam pertandingan Juara Kugiran.

“Dalam keluarga saya tidak ada pun yang meminati seni. Mula-mula menyanyi memanglah mendapat tentangan daripada emak. Tapi bila melihat saya sering mendapat undangan mengadakan persembahan bersama The Kilohana Five, emak tidak membantah lagi,” ceritanya.

Selain menghasilkan album, Rohani juga pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi kelab malam dari tahun 1981 hingga 1991.

Paling lama dia menyanyi di kelab D’Attap, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Sewaktu menyanyi di kelab malam, Rohani turut mengambil peluang mencuba nasib sebagai pelakon.

Drama pertama lakonannya ialah Lambaian Kaabah pada tahun 1986 bersama Allahyarham Abdullah Chik yang diarah oleh Datin Rosnani Jamil.

“Sewaktu menyanyi di kelab malam di Melaka, ada seorang kawan bawa saya pergi jumpa Mak Nani (Rosnani Jamil). Tanpa pengalaman berlakon, Mak Nani ambil saya berlakon dalam drama arahannya itu.

“Selepas itu saya banyak berlakon dengan drama penerbitan HVD. Sampai sekarang pun saya masih berlakon,” katanya yang hidup bersendiri sejak 1989.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.