saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 10/11/2007

Tindakan pro aktif polis berjaya hindari kejadian tidak diingini

KUALA LUMPUR 10 Nov Tindakan pro-aktif dan kecekapan pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini dalam mengawal perhimpunan haram di sini hari ini.

Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, perhimpunan yang tidak mendapat permit polis itu bermula pada pukul 1.50 petang ini telah dapat dikawal dengan baik.

Malah pihak polis sentiasa bersiap-sedia untuk sebarang perkara yang tidak diingini, katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini.

Katanya, polis telah meletakkan anggota polis dari pelbagai unit termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan dan beberapa individu telah ditahan kerana ingkar arahan untuk bersurai.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai bilangan sebenar yang ditahan.

Polis juga mengadakan sekatan jalan raya di pelbagai lokasi untuk memeriksa kenderaan yang masuk ke pusat bandar dan keadaan sesak di beberapa jalan utama.

Perhimpunan haram itu yang dianjurkan oleh 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan disertai oleh parti pembangkang telah menyerahkan memorandum berhubung beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di negara ini kepada Istana Negara.

Seramai 10 orang wakil termasuk Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyerahkan memorandum itu kepada pihak Istana Negara.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di Istana Negara kerana telah berangkat ke Terengganu semalam untuk merasmikan serta mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Kuda Lasak (Endurance) Terengganu Piala Sultan 2007 di Lembah Bidong.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mereka yang berkeras untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit itu sebenarnya mencabar undang-undang negara, bukan mencabar kerajaan dan kepimpinannya.- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:05
Zuhur 1:26
Asar 4:49
Maghrib 7:23
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.