saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/11/2007

Abby Abadi keluar Gerak Khas

SETELAH sekian lama bersama produser Datuk Yusof Haslam, akhirnya Inspektor Aleeza iaitu watak yang menaikkan nama Abby Abadi sudah tiada lagi. Isu Abby keluar dari drama bersiri terbitan Skop Production itu menjadi isu. Kecoh seminggu dibuatnya apabila pelbagai andaian diperkatakan.

Ada yang mengatakan Abby merajuk dengan Yusof kerana tak tahan dengan produser yang agak garang orangnya itu. Garang atau tak bukanlah soalnya kerana Abby sudah lama bekerja dengan Yusof.

Apa-apa pun kata Yusof, dia menerima penarikan diri Abby di dalam produksi terbitannya dengan baik.

“Biasalah, pelakon dalam drama saya datang dan pergi. AC Mizal pun dulu pernah tinggalkan Gerak Khas juga,” katanya. Abby pula tak mahu komen panjang mengenai tindakan itu. Alasan Abby dia mahu menjaga perasaan Yusof yang banyak menolongnya selama ini. Pelakon yang dikatakan akan menggantikan Abby pula Dynas Mokhtar.

Apa yang kita harapkan tidak ada yang tak kena di sebalik penarikan diri Abby di dalam Gerak Khas itu walaupun macam-macam khabar yang tak sedap di dengar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.