saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 12/11/2007

Longgarkan syarat pinjaman pertanian

PORT DICKSON 11 Nov. – Institusi kewangan digesa melonggarkan syarat pinjaman dan memperluaskan skop pembiayaan kepada sektor pertanian dan industri asas tani terutamanya agropertanian yang tidak terhad kepada sektor komoditi sahaja.

Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pada masa ini bank perdagangan memang menunjukkan minat yang memberangsangkan untuk membiayai aktiviti berkaitan pertanian tetapi jumlahnya amat kecil.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, institusi kewangan telah memperuntukan lebih RM200 bilion dalam bentuk pinjaman tetapi daripada jumlah itu tidak sampai RM10 bilion diagihkan untuk sektor pertanian.

“Itupun sebahagian besar daripadanya untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah, bagi sektor pertanian dan industri asas tani lain amat sedikit, mungkin tidak sampai suku pun,” katanya.

Justeru beliau mencadangkan supaya bank perdagangan melonggarkan sedikit syarat pinjaman termasuk melanjutkan tempoh bayaran balik dan memberi layanan berbeza terhadap sektor itu berbanding industri lain yang mampu memberi pulangan lebih cepat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Selesa Beach Resort di sini hari ini.

Tambah Muhyiddin, aktiviti pertanian memang mengambil masa berbanding industri lain tetapi pihak bank perlu memberi keutamaan kepada daya saing dan kemajuan syarikat terbabit yang mampu memberi pulangan lumayan dan terjamin.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa institusi kewangan melalui dasarnya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada aktiviti pembiayaan disalurkan kepada sektor pertanian dan industri asas tani.

Beliau mengakui Bank Pertanian dan Bank Industri Kecil dan Sederhana memang menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi ia tidak mencukupi berbanding keperluan pertanian negara.

‘‘Pembiayaan bank perdagangan perlu tidak terhad hanya kepada komoditi sahaja tetapi ia perlu melibatkan sektor pertanian lain termasuk keperluan logistik seperti rangkaian pemasaran dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menetapkan sasaran menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah koperasi dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang akan bertanggungjawab memasarkan produk dengan lebih cekap dan efisien.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan dalam tempoh masa tiga tahun iaitu sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), setiap PPK akan mempunyai sebuah koperasi yang ditadbir dan diuruskan secara profesional.

Katanya, pada masa ini memang telah wujud koperasi di sesetengah PPK tetapi ia tidak aktif dan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli.

‘‘Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 700,000 ahli pertubuhan peladang dan kira-kira 100,000 ahli pertubuhan nelayan di seluruh negara.

‘‘Cuba bayangkan potensi modal yang bakal diperoleh oleh koperasi itu sekiranya semua ahlinya itu bergabung dan bergiat aktif dalam sektor pertanian dan industri asas tani negara,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.