saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/11/2007

Sadiq & Co. kes mahkamah menjadi drama TV

Tidak banyak kes-kes yang telah dibicarakan di mahkamah diolah semula dan diangkat menjadi drama bersiri televisyen (TV). Walhal, banyak kes-kes yang dibicarakan di mahkamah, tidak kurang menariknya untuk dikongsi bersama para penonton.

Menyedari hakikat itu, Red Communications Sdn. Bhd., telah menerbitkan sebuah drama bersiri berjudul Sadiq & Co. yang mengisahkan suka-duka tiga peguam sepanjang menyelesaikan kes-kes perbicaraan di mahkamah.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Lina Tan, dia tertarik untuk menerbitkan drama itu selepas mendapati banyak kes-kes di mahkamah merupakan fakta-fakta menarik yang boleh dikembangkan sebagai sebuah cerita.

“Bagi saya, fact better than fiction (fakta lebih baik dari fiksyen),” kata Lina Tan pada sidang akhbar drama Sadiq & Co. di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Drama 13 episod arahan Syamil Othman itu disiarkan menerusi saluran ntv7 pada setiap Jumaat pukul 8.30 malam sejak 9 November lalu melalui skrip-skrip yang dihasilkan oleh Amri Rohayat Ahmad Rani, Chacko Vadaketh dan Nik Jassmin Hussain Hue

Jelas Lina, meskipun kebanyakan jalan cerita diambil daripada kes-kes mahkamah tetapi adakalanya mereka terpaksa mengolah semula bagi menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu.

“Ada di kalangan penulis skrip kami pernah menjadi peguam, jadi mereka tahu bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya sesuatu yang boleh menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Sadiq & Co. antaranya dibintangi oleh Aaron Mustapha Aziz yang melakonkan watak Ariff Sadiq, Tony Eusoff (Ben Arthur), Eja (Nur Ashikin Mokhtar) dan Othman Hafsham (Sadiq).

Drama bersiri ini mengisahkan tentang tiga peguam iaitu Ariff, Ben dan Syikin yang bekerja di bawah sebuah firma guaman, Sadiq & Co.

Ketiga-tiga sahabat itu digambarkan mempunyai perwatakan dan sikap yang berbeza sewaktu menangani pelbagai kes masing-masing. Ada ketikanya agak lucu dan sesekali menyentuh hati.

Tambah Lina, para penonton akan mendapat pelbagai iktibar daripada kes-kes mahkamah yang dipaparkan melalui jalan penyelesaiannya pada penghujung setiap episod drama tersebut.

Anak Othman Hafsham

jadi pengarah

Menariknya, pelakon berpengalaman Othman Hafsham yang merupakan pelakon utama Sadiq & Co. tidak menghadapi masalah meskipun berlakon di bawah arahan anaknya sendiri.

“Walaupun dia masih baru, tetapi saya bangga kerana dapat berlakon di bawah arahannya.

“Ini kerana, saya sudah mengeluarkan belanja yang besar untuk menghantarnya (Syamil) belajar dalam bidang pengarahan di luar negara.

“Saya yakin, dia boleh menjadi pengarah yang lebih baik daripada saya. Beza 40 tahun umur saya dan Syamil tidak halang kami bekerjasama di lokasi yang sama. Di lokasi dia bukan anak saya tetapi pengarah saya,” ujar Othman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.