saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/11/2007

Iktibar pergolakan politik Pakistan

WALAUPUN Presiden Pervez Musharraf mengambil pelbagai pendekatan seperti meletakkan jawatan sebagai ketua tentera, menawarkan perdamaian dengan kumpulan militan, menawarkan perkongsian kuasa dengan pihak pembangkang, melakukan reformasi perundangan dan pentadbiran negara, memberikan kuasa yang lebih luas kepada angkatan bersenjata, melaksanakan undangundang darurat dan sebagainya, ia masih gagal mewujudkan keamanan dan kestabilan dalaman negaranya.

Kedaulatan dan keselamatan Pakistan turut tercabar apabila Musharraf terpaksa tunduk kepada desakan negara asing khususnya Amerika Syarikat (AS) terhadap hal ehwal dalaman Pakistan itu sendiri.

Layanan AS yang pada mulanya ‘menawarkan’ sesuatu kepada Pakistan (memerangi keganasan pada 2001) mula berubah kepada ‘campur tangan’ apabila mendesak Musharraf mengubah dasar dan pendirian negaranya. Tindakan AS yang menggesa Pakistan untuk membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya adalah satu tindakan yang mencabar keutuhan kedaulatan kerajaan dan negara itu.

Apakah teladan yang dapat kita pelajari dan teladani daripada pergolakan politik dalaman Pakistan? Perkara utama sudah tentu pengukuhan keselamatan dan kedaulatan negara melalui penumpuan kerajaan terhadap ancaman-ancaman dari dalam negara. Ia tidak bermakna Malaysia akan mengabaikan aspek ancaman luaran.

Jurang

Ancaman dalaman dapat dielakkan dengan memberi penumpuan memupuk perpaduan di kalangan kaum, membangunkan ekonomi yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum, memperkukuhkan perundangan negara, ketelusan dalam pentadbiran, menghapuskan masalah rasuah, memastikan ketenteraman dan sebagainya.

Dengan kata lain, pihak kerajaan perlu memberi perhatian dalam memperkukuhkan kekuatan dalaman agar ‘kesihatan’ negara sentiasa sihat dan stabil.

Budaya berpolitik di Malaysia yang berlandaskan perjuangan melalui sistem pilihan raya dan patuh kepada perundangan negara adalah budaya yang perlu dipertahankan dan dikekalkan. Pengaruh liar dan keganasan dalam budaya berpolitik bukanlah satu budaya yang sihat, sebaliknya ia akan membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti mana yang dilalui oleh Pakistan.

Kita perlu sedar, pengaruh liar dan keganasan yang wujud dalam budaya berpolitik akan membuka peluang kepada kemasukan pengaruh asing termasuklah kemasukan pengganas antarabangsa dan campur tangan negara luar dalam hal ehwal negara yang secara langsung akan mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Selain itu, teladan yang dapat kita pelajari daripada kemelut politik Pakistan adalah memperkukuhkan kedaulatan dan institusi perundangan negara. Proses ini memerlukan kerjasama daripada rakyat dan kerajaan yang memerintah agar memelihara nilai perundangan negara supaya ia tidak dicemari dengan perkara-perkara yang mampu mengikis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perundangan negara.

* MOHAMAD FAISOL KELING,

Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.