saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/11/2007

Nelayan terkejut jaring tersangkut torpedo

LUMUT 14 Nov. – Seorang nelayan terkejut apabila menemui torpedo A244/S milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tersangkut pada jaringnya ketika menangkap ikan di perairan Pulau Pangkor dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Ahmad Rabawi Abd. Jamil berkata, torpedo berukuran l2.84 meter panjang dan 1.4 meter lebar itu ditemui pada pukul 8.10 pagi.

“Polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang bekerja sebagai nelayan memaklumkan dia menemui sebutir bom tersangkut pada jaringnya ketika menangkap ikan di perairan Pulau Pangkor.

“Tanpa menyedari bom itu sebenarnya peluru berpandu Torpedo A244/S yang masih aktif, dia bertindak membawa pulang bahan letupan itu ke pelantar Sungai Pinang di Pulau Pangkor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima laporan tersebut kemudian segera menghubungi Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk memeriksa peluru berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati benda yang disangka sebutir bom itu merupakan peluru berpandu Torpedo A244/S yang tersasar semasa latihan penembakan dijalankan oleh TLDM baru-baru ini.

Ahmad Rabawi berkata, peluru berpandu itu sudah diserahkan semula kepada TLDM selepas siasatan selesai dijalankan.

“Pihak TLDM mengucapkan terima kasih kepada polis kerana memulangkan peluru tersebut dan bekerjasama baik dengan mereka menjaga perairan negara,” katanya.

Difahamkan, Torpedo A244/S itu digunakan oleh TLDM semasa menjalankan latihan penembakan torpedo keduanya di perairan Selat Melaka utara di sini pada 2 November lalu.

Dalam latihan tersebut, torpedo berkenaan gagal ditemui semula oleh TLDM selepas ia tidak timbul di permukaan air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.