saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/11/2007

Polis ambil keterangan 3 AJK BERSIH

KUALA LUMPUR 15 Nov Tiga ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Jenayah Komersial di sini berhubung demonstrasi haram yang diadakan di sini 10 November lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah; Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu dan Ahli Jawatankuasa Pas, Dr. Syed Azman Nawawi tiba di pekarangan pejabat Jabatan Jenayah Komersial kira-kira pukul 10.30 pagi bersama peguam masing-masing.

Kesemua mereka diambil keterangan selama hampir dua jam secara berasingan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Perdagangan, Asisten Supritendan Amran Md. Jusin.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menahan 245 penyokong BERSIH kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air untuk meleraikan perhimpunan haram itu yang disertai oleh kira-kira 4,000 penyokong.

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama Bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya pada Julai 2005 hasil gabungan 70 pertubuhan termasuk enam buah parti politik.

Ia ditubuhkan untuk mendesak reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Perhimpunan Sabtu lalu disifatkan sebagai antara yang terbesar pernah diadakan selepas perhimpunan reformasi pada tahun 1998.- Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:20
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.