saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/11/2007

Malaysia akan ketuai rantaian geopark Asia Pasifik

LANGKAWI 15 Nov — Langkawi Geopark telah diundi oleh 20 negara untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik pada Persidangan Rantau mengenai Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang berakhir di sini hari ini.

Anggota Biro Kumpulan Pakar Unesco dan Global Geopark Network (GGN), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, Langkawi Geopark mempamerkan komponen geologikal yang baik dengan sistem pengurusan yang harmoni dan sokongan ahli akademik dan penyelidik yang kukuh.

Ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang kerana mendapat komitmen daripada 20 negara peserta itu untuk mewujudkan Rantaian Geopark Asia Pasifik, katanya kepada Bernama pada penutup persidangan itu.

“Komitmen daripada negara peserta adalah penting kerana dengan rantaian ini kita boleh membangunkan sistem kita sendiri yang membolehkan pembangunan Geopark di seluruh rantau ini dengan lebih cepat,” kata Prof Ibrahim.

Beliau berkata, rantaian itu dibahagikan kepada dua pertubuhan berlainan, pertubuhan penasihat, di mana semua negara Asia Pasifik boleh menyertainya dan rangkaian itu sendiri khasnya untuk negara yang memang sudah ada geopark.

Pertubuhan penasihat bertanggungjawab dalam mempromosi, menyediakan sistem sokongan, menggalak dan memajukan pembangunan geopark serta membincangkan masa dan tempat persidangan geopark akan diadakan.

Buat sementara waktu, hanya tiga negara menganggotai rantaian itu iaitu, Malaysia, China dan Iran. Bagaimanapun Prof Ibrahim yakin bahawa bilangan keanggotaan akan bertambah.

Beliau juga memberitahu bahawa Langkawi Geopark akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Funiushan Geopark China yang terletak di wilayah Heinan pada akhir bulan ini.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.