saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/11/2007

Suruhanjaya diraja ditubuh siasat kes klip video

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Kerajaan memutuskan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes klip video yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang yang dikatakan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini, penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.

“Soal penubuhan suruhanjaya itu sesuatu yang diputuskan boleh kita (kerajaan) tubuhkan.

“Pada waktu ini, cuma kita hendak tetapkan bidang tugasnya. Kita nak tetapkan apakah tugas yang akan ditentukan untuk suruhanjaya ini,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Presiden Uruguay, Dr Tabare Vasquez dan isterinya, Maria Auxiliadora Delgado de Vasquez yang dalam rangka lawatan lima hari ke Malaysia.

Abdullah berkata, ketiga-tiga menteri, yang dilantik oleh Kabinet untuk meneliti dari segi perundangan laporan panel khas itu, akan membentangkan pandangan dan saranan mereka dalam mesyuarat jemaah menteri Rabu depan.

Perdana Menteri berkata, siapa yang akan menganggotai suruhanjaya diraja itu hanya akan ditentukan selepas bidang tugas suruhanjaya itu ditetapkan.

Ditanya sama ada kerajaan terdesak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja selepas beberapa pihak menggesa ia ditubuhkan, Abdullah berkata, keputuasn itu dibuat kerana ada kewajaran untuk menubuhkannya selepas meneliti laporan panel khas berkenaan.

“Dulu kita kata tunggu dulu supaya laporan (panel khas) itu (dikeluarkan). Laporan dah dikeluarkan, maka berasaskan laporan itu kita tengok kewajaran. Nampaknya ada kewajaran menubuhkan suruhanjaya diraja. Maka kita tubuhkanlah,” katanya.

Panel khas itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor; aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye; dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.

Tiga menteri yang diberikan tugas meneliti laporan panel khas itu ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz; dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.