saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/11/2007

Dakwaan Agong sokong perhimpunan haram satu fitnah

KUANTAN 17 Nov. - Dakwaan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram di ibu negara pada 10 Nov lepas disifatkan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai tidak manis dan satu fitnah.

Menurut baginda, adalah sesuatu yang tidak elok mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan perkara yang tidak bermoral itu.

“Tidak manis dalam perkara ini kita heret nama Baginda. Elok dihentikan dakwaan ini secepat mungkin kerana dalam Islam kita tidak boleh memfitnah antara satu sama lain,” titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Lembaga Kebajikan Islam Malaysia (LKPIM) Pahang di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal baginda terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali sebagai Bersih dan disokong oleh parti-parti pembangkang.

Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda yakin Tuanku Mizan tidak terlibat sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.

“Saya dengan penuh kepercayaan yakin Seri Paduka tidak ambil bahagian apa-apa dalam perhimpunan itu, tetapi Baginda difitnah. Saya tetap di sisi menyokong Baginda,” titah Sultan Pahang.

Baginda meminta rakyat Pahang tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan haram di negara ini kerana ia menyalahi undang-undang, sebaliknya terus menyokong kerajaan bagi terus menikmati hidup selesa dan makmur.

“Saya rayu agar rakyat saya jauhi diri dari sebarang perhimpunan haram, tetapi hendaklah melibatkan diri dengan pelbagai projek yang disediakan oleh kerajaan seperti Rancangan Malaysia dan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” titah baginda.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.