saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/11/2007

Peserta PLKN perlu isytihar tahap kesihatan

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri Lima 2008, yang akan bermula akhir tahun ini, dinasihatkan mengisytiharkan keadaan kesihatan mereka.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesemua 110,000 peserta program itu perlu memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan baik bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam tempoh dua minggu ini, beliau berkata notis pemberitahuan berserta borang pengisytiharan kesihatan akan dihantar kepada kumpulan pertama program, terdiri daripada 37,000 pelatih yang akan memulakan program pada 29 Disember hingga 11 Mac 2008.

“Jika peserta berasa mereka ada masalah kesihatan, mereka hendaklah mengisinya di dalam borang itu bersama dengan pengesahan ibu bapa dan seterusnya pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pengesahan doktor,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, mereka juga perlu membuat pemeriksaan selanjutnya di klinik kerajaan atau klinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhampiran tempat tinggal mereka bagi mengesahkan penyakit yang mereka hidapi, katanya.

“Doktor klinik kerajaan serta klinik ATM seterusnya boleh membuat kesimpulan dan memberi pendapat sama ada peserta itu sesuai meneruskan latihan PLKN atau perlu dikecualikan,” katanya.

Lee berkata mereka yang hanya mendapat pengesahan daripada klinik swasta mengenai tahap kesihatan mereka tidak akan diberi pengecualian oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan, tujuh meninggal dunia kerana penyakit yang mereka hidapi termasuk sakit jantung, asma dan jangkitan kuman.

Demi kepentingan bersama, setiap kali JLKN mengambil pelatih baru, para pelatih diingatkan akan pentingnya memaklumkan kepada jabatan itu mengenai tahap kesihatan supaya mereka dapat dikecualikan daripada menjalani latihan.

– Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.