saya nak baca ..

SUKAN


ARKIB : 20/11/2007

Vizuete jurulatih baru Ecuador

QUITO, Ecuador – Sixto Vizuete menjadi jurulatih baru Ecuador semalam, sehari selepas Luis Fernando Suarez meletakkan jawatan itu secara mengejut.

Suarez terus melepaskan jawatan sejurus Ecuador menerima kekalahan 1-5 kepada Paraguay kelmarin, yang merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pasukan itu dalam kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan.

Kekalahan ketiga itu menyaksikan Ecuador menduduki tangga tercorot dalam senarai kedudukan tanpa mengumpul sebarang mata.

Vizuete melatih pasukan bawah 18 Ecuador yang memenangi pingat emas pada temasya Pan Amerika di Brazil, Julai lalu.

Bulan ini, beliau memimpin pasukan bawah 15 Ecuador ke kejohanan Amerika Selatan di Brazil.

Beliau terpaksa dilantik serta merta untuk jawatan utama itu kerana Ecuador akan menentang Peru dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Dunia di Quito, Rabu ini.

‘‘Ia satu situasi yang sukar,’’ kata Luis Chiriboga, Presiden Persatuan Bolasepak Ecuador dalam satu interbiu dengan radio La Red.

‘‘Ecuador menduduki tangga terbawah selepas kalah kesemua tiga perlawanan. Kami amat berharap, nasib pasukan ini berubah Rabu ini,’’ katanya lagi.

Suarez, warga Colombia, berjaya mengemudi Ecuador sehingga layak ke pusingan 16 pasukan terakhir pada Piala Dunia di Jerman. Ia merupakan aksi kedua Ecuador dalam Piala Dunia.

Melatih pasukan itu sejak tahun 2004, Suarez mulanya bersetuju untuk mengemudi pasukan itu ke kejohanan Copa America tahun ini selain kempen kelayakan Piala Dunia 2010.

Namun Ecuador tewas kesemua tiga perlawanan pringkat kumpulan Copa America. Dalam kempen kelayakan Piala Dunia pula mereka menjadi satu-satunya pasukan yang belum mendapat sebarang mata.

– AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.