saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/11/2007

Kehidupan berumah tangga memori indah Sabree Fadzil

TIADA siapa yang inginkan kegagalan dalam rumahtangga. Apatah lagi mahligai yang terbina adalah atas dasar cinta dan suka sama suka. Memang sukar untuk dimengertikan kerana hanya yang melaluinya sahaja yang tahu tentang asam garam hidup berumah tangga.

Begitulah yang dialami oleh pelakon dan pengarah Sabree Fadzil, 44, yang telah empat kali gagal dalam mempertahankan rumah tangganya.

Seperti orang lain, semestinya Sabree mengharapkan rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, namun apakan daya ianya berakhir dengan penceraian.

Baginya, setelah empat kali gagal dalam rumah tangga dia kini lebih banyak melakukan muhasabah diri dan lebih menumpukan perhatian dalam kerjayanya.

Ditanya tentang kegagalan rumah tangganya, dengan ringkas Sabree menjawab: “Sudah tiada jodoh.”

Dia yang popular menerusi filem Sayang, Wira Angkasa dan Antara Dua Hati itu menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita berketurunan Cina iaitu Yasmin Yuen Abdullah pada tahun 1989.

Pada tahun yang sama, dia juga berkahwin dengan pelakon popular sekitar 80-an dan 90-an iaitu Aznah Hamid yang masih lagi aktif berlakon sehingga kini.

Hasil daripada perkahwinan bersama Yasmin, Sabree dikurniakan dua orang anak iaitu Sarah Yasliza, 17, dan Nadia Yasliza, 16. Seorang lagi ialah Sabrina,17, merupakan anaknya bersama pelakon Aznah Hamid.

Perkahwinan Sabree bersama Yasmin dan Aznah Hamid tidak kekal lama. Ikatan tersebut hanya berkekalan selama tiga tahun. Mereka bertiga akhirnya bercerai secara baik sekitar tahun 1992.

Kata Sabree, biarlah hidup berumahtangga itu kekal sebagai memori indah dalam hidupnya.

Menurut Sabree, walaupun sudah lama berpisah namun hubungannya dengan bekas isterinya tetap akrab. Malah, dia gembira kerana hubungannya dengan anak-anak turut mesra.

Menyorot kembali kenangan lalu, kata Sabree: “Mungkin waktu itu saya masih muda, dan berada pada zaman kegemilangan, jadi fikiran pun tak matang dalam menyelesaikan masalah.

“Tambahan pula waktu itu saya terlalu kuat bekerja, jadi masa untuk saya dengan keluarga kurang, mungkin itulah puncanya kegagalan dalam rumah tangga saya.”

Pada tahun 1993, Sabree berkahwin pula dengan Norilam Baharudin (kakak pelakon Nanu) yang merupakan ibu kepada enam orang anak ketika itu.

Seperti sebelumnya, perkahwinan ketiganya yang mencecah tahun keempat berakhir dengan penceraian sekitar tahun 1997.

Sabree yang tenang bercerita menambah: “Perkahwinan bersama Norilam lah yang paling lama dapat saya rasakan hidup berumah tangga.”

Sepanjang tempoh tersebut Sabree telah pun mempunyai syarikat produksinya sendiri dan menjalankan aktiviti seperti, mengarah dan berlakon.

Setelah hampir setahun berpisah dengan Norilam, Sabree berkahwin pula dengan Rosmawati Ramli pada tahun 1998. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang putera iaitu Mohd. Rizal yang kini berusia lapan tahun.

Bagaimanapun, perkahwinan itu juga menemui kegagalan dan mereka sah berpisah pada penghujung tahun 1999.

Walaupun sibuk berlakon dan mengarah, Sabree yang kini hidup membujang lebih gemar meluangkan masa bersama neneknya Anap Saodin, 83, di kediaman neneknya di Kampung Padang Balang, Gombak, Selangor.

“Sejak bercerai, saya tinggal dengan nenek saya. Bukan tak mahu kahwin lagi tapi..belum bertemu jodoh dan buat masa ini selain tugas, neneklah penghibur saya,” kata Sabree sambil melayan neneknya yang semakin uzur.

Tak serik berkahwin

Apabila ditanya adakan dia akan berkahwin lagi setelah gagal empat kali dalam perkahwinannya kata Sabree:

“Saya memang ingin berkahwin, bohonglah kalau saya kata saya tak nak kahwin, kalau boleh lusa saya nak kawin, tapi belum ada jodoh lagi.

“Jadi buat masa ini, biarlah saya tumpukan perhatian pada kerja terlebih dahulu. Saya mahu lebih fokus dalam kerja kerana tanggungjawab saya terhadap anak-anak saya amat besar,” kata Sabree yang pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia (FFM) ketujuh pada tahun 1987.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.