saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/11/2007

Raja Nor Baizura - Sakit hati bila ditanya tentang berlakon

APABILA Raja Nor Baizura Raja Sahar menghadiri majlis-majlis keramaian artis, dia sering diasak dengan pertanyaan, “You, masih berlakon?”.

Biarpun sakit hati dan telinga berdesing mendengar pertanyaan tersebut, namun dia tetap menjawab dengan tenang.

“Ya, saya masih berlakon dan selama ini pun saya tidak pernah berhenti berlakon,” itulah jawapan yang diberikannya.

Lakonan Raja Nor Baizura dapat dilihat dalam filem Nana Tanjung 2 yang sedang ditayangkan di pawagam dan Duyung bakal muncul nanti.

Jelas anak sulung daripada tujuh beradik yang berasal dari Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak itu sudah lama dia berhasrat berlakon filem arahan Prof. Razak Mohaideen.

“Watak saya dalam Nana Tanjung 2 tidaklah besar tapi saya seronok kerana dapat berlakon menggunakan loghat utara kerana saya sendiri berasal dari Utara.

“Selama ini saya ‘geram’ tengok pelakon yang berlakon menggunakan loghat utara kerana bunyinya tidak betul,” katanya tersenyum.

Dia yang ditemui di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini berharap kemunculannya dalam filem Nana Tanjung 2 serta Duyung nanti mampu membuka banyak ruang untuknya berlakon.

Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 (FFM8) menerusi filem Oh Fatimah yang diterbitkan pada tahun 1989 itu berkata, dia tidak kisah memegang watak besar atau kecil kerana setiap watak yang diberi kepadanya akan dilakonkan dengan sebaik mungkin.

Dia yang seangkatan dengan Maria Arshad, Rosnah Abdul Rahman, Nancie Foo dan Noor Kumalasari itu mula menceburi bidang seni menerusi dunia peragaan.

Menurut ibu kepada Syed Mukhriz, 24, dia mula menjadi model sejak menuntut di Institut Teknologi MARA.

“Waktu buat praktikal, saya juga ambil peluang jadi model sambilan untuk cari duit poket. Sejak itu saya tidak berhenti daripada buat modelling. Selain modelling, saya juga rajin masuk pertandingan ratu yang tidak mewajibkan pakai baju mandi,” katanya yang pernah menjadi Miss RTM sewaktu sambutan ulang tahun stesen tersebut pada 1971.

Sewaktu aktif sebagai model, Raja Nor Baizura rapat dengan Sharifah Hasnor (anak kepada Allahyarham seniwati Normadiah) yang ketika itu merupakan koreografer.

Persahabatannya dengan Sharifah Hasnor membuka peluang kepadanya berlakon filem Sumpah Semerah Padi yang diterbitkan pada tahun 1978. Itu adalah filem pertama lakonannya.

Menerusi filem arahan Allahyarham M.Amin itu, dia berlakon di samping Deddy M.Borhan dan Allahyarham Aziz Jaafar serta mendapat tunjuk ajar tarian daripada Allahyarham Normadiah.

Selepas itu, Raja Nor Baizura mendapat tawaran berlakon Penentuan (1981) dan Ribut Barat (1982).

Namun selepas filem itu, Raja Noor Baizura berhenti berlakon seketika untuk memberi tumpuan pada rumah tangga setelah berkahwin pada tahun 1979.

Bagaimanapun setelah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta musnah, Raja Nor Baizura yang sebelum itu menumpukan perhatian pada tugas di pejabat berlakon semula dalam filem Oh Fatimah pada tahun 1989.

Lain-lain filem lakonannya ialah Driving School arahan Othman Hafsham, Boss (Z.Lokman), Jaket Biru (Arif Abdul Rahman), Putera (Zulkifli M.Osman), Bara (Datuk Yusuf Haslam) dan Pontianak Menjerit arahan Yusof Kelana.

Apabila ditanya mengenai berkahwin lagi, Raja Nor Baizura yang telah 20 tahun hidup sebagai ibu tunggal berkata, hingga kini dia tidak pernah terfikir untuk memilih pasangan hidup baru.

“Bila sudah lama hidup bersendirian rasa seronok pula. Tidak perlu nak beritahu sesiapa hendak pergi ke mana. Saya lebih suka ambil sikap, kalau jodoh saya ada dalam waktu terdekat ini adalah. Kalau tidak ada pun saya tidak kisah,” katanya yang aktif menguruskan perniagaan hartanah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.