saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/11/2007

Istimewa di RTM2 - Pocoyo, Formula X

Cuti sekolah pasti menjadi lebih ceria dengan tayangan dua siri animasi hebat di RTM2, Pocoyo dan Formula X yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.00 dan 9.30 pagi.

Pocoyo amat sesuai untuk tontonan penonton cilik dan ia menambat selera kanak-kanak menerusi imaginasi dan rangsangan minda untuk menonton, mendengar dan berinteraksi. Dalam masa yang sama ia menggalakkan perkembangan kreativiti, meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri menerusi cara mudah 'Belajar Menerusi Ketawa'. Kita perlu ingat bahawa ketawa adalah ubat yang paling mujarab.

Pocoyo berasal dari perkataan Sepanyol yang membawa maksud ‘Saya Si Cilik’. Pocoyo mengisahkan si cilik yang mudah didampingi, penuh dengan keseronokan dan rasa ingin tahu. Adik-adik pasti akan teruja kerana Pocoyo penuh dengan kejutan. Sama ada dia dalam pengembaraan bersama teman-teman di luar atau membersihkan bloknya, setiap hari merupakan pengembaraan yang pasti menghiburkan.

Setiap episod membawa Pocoyo ke dalam siri pengembaraan dan penemuan baru yang disertai oleh kanak-kanak. Menerusi interaksi dan ketawa, kanak-kanak berkongsi dengan dunia Pocoyo yang penuh dengan rasa ingin tahu demi perkembangan minda yang sihat dan melihat setiap kejadian di dunia ini daripada perspektif mereka sendiri dan memperkasakan setiap pengetahuan baru yang dipelajari kanak-kanak.

Sementara itu, Formula X yang menyusul selepas itu pada pukul 9.30 pagi merupakan siri animasi alih suara (Bahasa Malaysia) berlatar belakangkan tahun 2014 yang memaparkan dunia perlumbaan kereta.

Masa berlalu dengan pantas sehingga tidak terasa debaran musim baharu perlawanan. Kumpulan Finex yang diterajui oleh Sam dan anak perempuannya, Faye mula mencari pelumba yang digelar 'King' untuk menyertai mereka menggantikan Wei yang beralih arah. Kejutan menerjah apabila mereka mengetahui bahawa 'King' sebenarnya adalah Guang, salah seorang pelatih yang telah lama bekerja di bengkel kumpulan Fenix.

Percubaan memandu jentera Formula X buat kali pertama telah mengundang bahana kepada Guang setelah dia gagal memandu dengan cermat di atas permukaan litar lumba. Faye dan kumpulan Fenix bertungkus lumus mengubah suai kereta bagi menyesuaikannya dengan cara pemanduan Guang, supaya dia dapat menyedari kebolehan dan keupayaan dirinya di litar.

Guang menyelesaikan tugasan litarnya dan telah diambil menjadi pemandu kumpulan Fenix yang baharu. Bagaimanapun, Guang perlu lulus ujian yang diberikan oleh Pesuruhjaya FX sebelum musim perlumbaan bagi membolehkan dia mendapat status pelumba litar.

Perlumbaan Formula X musim baru berlangsung. Guang berjaya mendapat tempat kedua semasa berlepas. Kecekapan pemanduan Guang mengelak kemalangan memang mengagumkan. Guang amat menyerlah dan menjadi tarikan utama berbanding Eric yang mendahului perlumbaan dan merapatkan kejuaraan buat kali pertama musim ini.

Mampukah Guang mengekalkan kedudukan teratas apabila dia dicabar pelumba-pelumba hebat dari kumpulan lain yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk merebut gelaran juara?

Pastikan Pocoyo dan Formula X yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 dan 9.30 pagi di RTM2 menjadi pilihan adik-adik untuk ditonton bersama keluarga semasa cuti sekolah ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.