saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 21/11/2007

Dekorasi rumah bujang tidak mahu kalah

KEGHAIRAHAN menghias rumah dengan mengadaptasi konsep-konsep tertentu menjadi satu ‘fenomena’ baru sekarang ini khususnya di kalangan penghuni kota.

Minat tersebut sedikit sebanyak dicetuskan dengan kemunculan majalah-majalah laman dan dekorasi yang banyak di pasaran untuk dijadikan rujukan.

Turut menerima tempias tersebut ialah golongan anak muda yang hidup bujang. Kalau dulu, jika disebut bujang, gaya hidup yang dijalani seringkas yang boleh. Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, apabila golongan muda ini juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah bujang dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden, retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, apa yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Jadi panduan

Contoh-contoh dalam akhbar, majalah, televisyen dan bilik pameran mungkin boleh dijadikan panduan agar rumah kelihatan kemas dan menarik.

Bagi tiga dara, Rose Diana Herniza Amir Hamzah, 24, Azlizawati Ja’far, 23, dan Nadia Abdullah, 22, kunjungan ke Ikea, di Mutiara Damansara, baru-baru ini, memberi kesempatan mengumpul ilham bagi mengubah gaya tata hias rumah bujang masing-masing lebih-lebih lagi menjelang tahun baru ini.

Kalau boleh, dari ruang tamu hingga ke bilik tidur, semuanya perlukan tata rias yang baru. Walaupun tidak menukarkan keseluruhan isi rumah, sedikit perubahan perhiasan, sarung kusyen, cadar, langsir dan sebagainya dapat membangkitkan suasana segar.

Menurut Diana, membeli barang baru seperti sarung kusyen, lampu hiasan dan peralatan rumah lain menjadi kebiasaan baginya walaupun duduk di rumah bujang.

“Bagi saya, walaupun duduk di rumah sewa, dekorasi rumah perlu menarik. Jika tinggal lebih daripada seorang, kata sepakat pelu dicapai agar ruang tamu dan makan lebih menarik dan selesa.

“Ciri yang sering saya utamakan ialah keselesaan dan sederhana. Konsep moden atau retro lebih sesuai untuk gaya hidup kami,” katanya.

Sederhana

Pendapat tersebut turut disokong oleh rakannya, Azlizawati yang berkata, hiasan rumah yang sederhana penting kerana kebanyakan golongan wanita bujang hari ini bekerja dan tidak mempunyai masa yang banyak mengemas rumah.

Katanya, jika cukup bajet perabot atau hiasan rumah akan diganti baru setiap tahun, memandangkan mereka kerap menjemput rakan-rakan berkunjung ke rumah terutama pada hari perayaan seperti pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Masa zaman kanak-kanak, saya sering melihat emak membeli barang-barang perhiasan rumah. Sekarang, saya terpaksa menentukan cita rasa gaya rumah sendiri mengikut kesesuaian.

“Biasanya, kami memilih konsep moden tetapi sesekali saya menggabungkan konsep Inggeris yang kelihatan harmoni.

“Di Ikea misalnya, pilihan banyak di samping dapat melihat sendiri contoh dekorasi di bilik pameran,” ujarnya.

Nadia pula memberitahu, sementelah sudah ke gedung perabot terbesar seperti Ikea, dia tidak ketinggalan membeli buah tangan untuk hiasan rumah di kampung.

Tambahnya, sarung kusyen, alas meja dan perhiasan lain akan dibelinya untuk dihadiahkan kepada ibu.

“Kadang-kadang idea orang muda pun menarik. Tetapi ia perlu diselaraskan dengan konsep asal rumah.

“Pilihan gaya rumah perlu sama dengan idea asal ibu dan ayah. Di rumah bujang pula, saya tidak ketinggalan menghias bilik tidur kerana ia ruang peribadi yang perlu menyenangkan dan selesa,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.