saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/11/2007

74 masih ditahan bawah ISA sehingga Ogos '07

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, 74 orang masih ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga 29 Ogos lalu.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, mereka ditahan atas pelbagai jenis kesalahan seperti penglibatan dalam Jemaah Islamiah, Daulah Islamiah, pemalsuan wang syiling RM1, pemalsuan dokumen pengenalan, pemalsuan pasport rakyat China dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Turut masih dalam tahanan adalah mereka yang terlibat dalam Gerakan Militan Selatan Thailand, Pejuang Pemisah Empat Wilayah dan Pemisah Selatan Thailand, katanya dalam jawapan bertulis kepada Ismail Noh (Pas-Pasir Mas), di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Walaupun tindakan tegas diambil terhadap individu yang dikenal pasti menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam itu, beliau berkata, kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan orang tahanan berkenaan.

“Semasa berada di dalam tahanan, Orang Tahanan (OT) boleh membuat permohonan melalui pegawai penjaga Tempat Tahanan Perlindungan bagi mendapat bantuan kewangan.

“Bantuan kewangan kira-kira RM200 akan disalurkan kepada keluarga OT setelah dipertimbang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, bantuan dari segi sokongan moral, khidmat nasihat serta kaunseling juga turut diberikan kepada keluarga OT.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.