saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/11/2007

Filipina siap sedia hadapi Taufan Mitag

MANILA 22 Nov. – Filipina bersiap sedia untuk memindahkan 100,000 penduduk dari kawasan pantai di wilayah Bicol, tengah negara ini menjelang ketibaan Taufan Mitag yang semakin kencang.

Kerajaan mahu mencegah berulangnya tragedi Disember lalu apabila Taufan Durian membadai Bicol yang mengakibatkan 1,200 orang terbunuh dan 120,000 lagi hilang tempat tinggal.

Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Glenn Rabonza berkata, kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal di lereng gunung berapi Mayon sudah pun dipindahkan.

“Kami bimbang banjir lumpur daripada debu gunung berapi boleh menenggelamkan kampung-kampung di lereng Mayon,” kata Rabonza.

Beliau turut memberi amaran bahawa kampung tepi pantai boleh dipukul ombak setinggi tiga hingga 10 meter yang ditiupkan oleh angin kencang.

Rabonza bagaimanapun berkata, perpindahan beramai-ramai mungkin dibatalkan jika Mitag menukar haluan dan tidak membadai Bicol.

Mitag yang buat masa ini merupakan taufan kategori 1 dengan angin selaju 120 kilometer sejam dijangka melanda kawasan darat sama ada lewat Sabtu atau awal Ahad ini.

– Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.