saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 26/11/2007

Kasparov didakwa ketuai bantahan anti-Kremlin

MOSCOW 25 Nov. Polis rusuhan Rusia terpaksa bertempur dengan beribu-ribu penentang Kremlin semalam dan menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan termasuk bekas juara catur dunia, Garry Kasparov.

Dalam satu temuramah melalui telefon, pembantu Kasparov, Marina Litvinovich menjelaskan, bekas juara catur itu ditahan polis ketika beliau ditemuramah oleh wartawan di kawasan perarakan di Moscow.

Menurut Litvinovich, pihak polis bukan sekadar menahannya malah turut menolak Kasparov ke tanah dan memukulnya.

Haram

Kasparov kemudian dibawa ke mahkamah dan didakwa atas tuduhan menganjurkan perarakan haram bagi menentang Presiden Vladimir Putin, melaungkan slogan antikerajaan dan melawan ketika ditahan polis.

Jika sabit kesalahan, Kasparov boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 hari yang bakal menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada pilihan raya Parlimen, 2 Disember ini.

Perarakan itu diadakan di tengah-tengah kempen pilihan raya selepas beberapa kumpulan politik pembangkang mendakwa diketepikan oleh peraturan baru pilihan raya dan sering diugut pihak berkuasa.

Penunjuk perasaan dikatakan merempuh sekatan polis selepas mendengar ucapan ketua perhimpunan tersebut dan bergerak ke arah tengah bandar sambil melaungkan bantahan.

Mereka kemudian dihalang oleh polis berperisai yang mengasak mereka ke dalam bas-bas putih polis, termasuk Kasparov yang sempat melambai kepada media dan penyokongnya dari sebuah bas yang membawanya pergi.

Selain Kasparov, polis turut menahan sekutu rapatnya, penulis dan ketua Parti Kebangsaan Bolshevik, Eduard Limonov dan ketua penganjur perarakan serupa di bandar Nizhny Novgorod dan Samara.

AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.