saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 26/11/2007

Polis tahan penyokong Nawaz

ISLAMABAD 25 Nov. Polis menahan beratus-ratus penyokong bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif menjelang kepulangannya hari ini bagi mengekang sebarang bantahan yang boleh menjejaskan lagi pergolakan politik negara ini.

Tindakan menangkap para penyokong terbabit juga menjadi peringatan kepada rakyat bahawa perintah darurat yang diisytiharkan oleh Presiden Pervez Musharraf masih berkuat kuasa.

Penangkapan itu bermula lewat semalam di wilayah Punjab.

Tidak ada pengesahan rasmi mengenai penangkapan itu dan usaha menghubungi pegawai kerajaan dan keselamatan tidak berjawab.

Nawaz yang pulang dari buangan dari Arab Saudi tiba di Lahore 6.25 petang ini (9.25 malam ini waktu Malaysia) bersama kaum keluarganya dengan menaiki pesawat khas yang disediakan oleh Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Raja itu turut menyediakan kereta Mercedes kalis peluru untuk keluarga Nawaz di Pakistan.

Nawaz digulingkan oleh Pervez pada 1999 dan sejak itu menghabiskan kebanyakan masanya di negara itu.

Kepulangan Nawaz dilihat bakal menjadi masalah besar kepada Pervez terutamanya jika beliau membentuk gabungan dengan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto dan kedua-duanya bertindak memboikot pilihan raya pada awal Januari ini.

Semasa pulang ke Pakistan pada September lalu dengan menaiki pesawat dari London, Nawaz telah diusir semula ke Arab Saudi setelah kepulangannya tidak diterima oleh Pervez.

AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.