saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/11/2007

MUIP ikrar sokong BN

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang dilancarkan hari ini dengan diketuai oleh ahli perniagaan, Datuk S. Nallakaruppan mengumumkan untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, MUIP merupakan sebuah parti politik baru mewakili kaum India di negara ini dan ia (MUIP) bukannya berperanan sebagai pembangkang.

Kata Nallakaruppan, penubuhan MUIP tidak bermakna MIC sebagai parti terbesar mewakili masyarakat India gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Tambahnya, beliau juga mempunyai rancangan untuk memohon menjadikan MUIP sebagai salah satu parti komponen BN.

‘‘Fokus kami adalah untuk membantu masyarakat India dengan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan, ekonomi dan sosial.

‘‘Jika MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) ingin berkerjasama dengan MUIP, saya alu-alukan. Ini tidak bermakna saya akan bergabung dengan MIC atau IPF,’’ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MUIP di sini hari ini.

Nallakaruppan pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kepong sebelum meninggalkan parti itu pada 25 Mei lalu atas alasan PKR tidak berminat membantu masyarakat India.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MUIP ketika ini mempunyai kira-kira 25,000 orang ahli dengan majoritinya adalah golongan belia.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas pilihan raya umum akan datang, Nallakaruppan berkata, beliau tidak ingin bertanding sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerja-kerja parti.

‘‘Saya tidak akan meminta kerusi daripada BN untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Biar saya laksanakan kerja-kerja parti dahulu,’’ katanya.

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nallakaruppan dengan sinis berkata, ‘‘Anwar yang mana satu, saya ada banyak kawan bernama Anwar. Apakah anda (wartawan) bertanya Anwar yang menjadi Penasihat PKR itukah?

‘‘Anwar buat kerja dia, saya buat kerja saya,’’.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.