saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 26/11/2007

Peranan audit luaran dalam pengurusan korporat

PENGURUSAN dan pentadbiran sesebuah syarikat berhadapan dengan banyak masalah apabila kuasa mengendalikan syarikat diserahkan kepada pengurus yang terpisah daripada pemegang saham dan pemilik syarikat tersebut.

Pelbagai pihak yang berkepentingan boleh berasa teraniaya apabila berlaku kelemahan dalam tadbir urus korporat yang membawa kepada kegagalan dan kelemahan syarikat.

Pemilik saham dan pihak lain yang berkepentingan perlu dilindungi dengan mewujudkan suatu sistem kawalan dan pemantauan yang berkesan. Dalam Siri Syarahan Perdana Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjudul Tadbir Urus Korporat: Meningkatkan Peranan Audit Luaran, Prof. Dr. Takiah Mohd. Iskandar yang menyampaikannya pada 31 Oktober lalu membincangkan dengan jelas dan mantap bagaimana juruaudit luaran dapat menggunakan peranannya untuk memperkukuhkan tadbir urus korporat.

Profesor bidang perakaunan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM mengemukakan tiga persoalan utama dalam tulisannya ini; pertama, sejauh mana kejayaan syarikat bergantung pada kekukuhan tadbir urus korporat.

Persoalan kedua, penulis membincangkan bagaimana audit luaran dapat meningkatkan integriti tadbir urus korporat. Ketiga, pengarang membincangkan perubahan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan keberkesanan tadbir urus korporat.

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa ciri-ciri tadbir urus korporat yang baik mempunyai hubungan positif dengan kejayaan sesebuah syarikat.

Kepakaran yang dibina berdasarkan pengetahuan dan pengalaman melalui tugas spesifik industri dibuktikan membantu lembaga pengarah dan jawatankuasa audit memahami selok-belok perniagaan dan sistem perakaunan yang seterusnya dapat mempertingkatkan prestasi syarikat.

Dengan kepakaran mereka, juruaudit luaran berjaya memberikan khidmat audit yang berkualiti sehingga dapat meningkatkan kualiti pelaporan syarikat.

Takiah menyimpulkan bahawa kepakaran audit menyumbang kepada pengukuhan melalui mekanisme dalaman iaitu dengan menganggotai lembaga pengarah, jawatankuasa audit serta audit dalaman, dan mekanisme luaran iaitu khidmat audit dan khidmat bukan audit.

Struktur tadbir urus korporat yang lemah tidak membolehkan juruaudit menyumbangkan dengan baik kepakaran mereka bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan tadbir urus korporat.

Khidmat audit luaran dilihat lebih bertujuan untuk pematuhan undang-undang dan piawaian semata-mata. Hubungan berkontrak yang wujud di antara juruaudit dan lembaga pengarah memberinya kuasa memilih dan melantik juruaudit untuk khidmat juruaudit dan bukan audit serta penentuan yuran audit menyukarkan juruaudit mempertahankan kebebasannya.

Penulis menyarankan agar peranan juruaudit luaran diperluaskan merangkumi khidmat audit luaran dan khidmat bukan audit serta khidmat kepakaran bagi mengawal dan memantau pengurusan.

Takiah juga mencadangkan agar perubahan struktur tadbir urus korporat yang membebaskan lembaga pengarah daripada kuasa memilih dan melantik juruaudit serta menentukan yuran audit.

Struktur baru ini diharap dapat meningkatkan kebebasan juruaudit dan keluwesan peranannya bagi memperkukuhkan tadbir urus korporat dan memastikan kesejahteraan pemegang saham dan masyarakat sejagat.

Bagaimanapun, cadangan ini mempunyai implikasi undang-undang dan peraturan profesion pengauditan yang menuntut penelitian rapi dijalankan. Selain itu, perlu juga dilaksanakan suatu kajian impak terhadap industri dan pasaran modal.

Pandangan dan cadangan Prof. Takiah dalam syarahan beliau ini perlu direnung dan ditimbangkan oleh pembuat dasar dan penggubal undang-undang serta mereka yang berkait langsung dengan tadbir urus korporat.

Jika cadangan-cadangan beliau dapat dilaksanakan, manfaatnya tentulah besar kepada pemegang saham, pemodal dan pemilik syarikat serta memberi faedah kepada juruaudit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.