saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 28/11/2007

Selamat tinggal – Pervez -- * Letak jawatan ketua turus tentera * Angkat sumpah Presiden esok


Pervez Musharraf.


RAWALPINDI 27 Nov. – Presiden Pervez Musharraf mengucapkan selamat tinggal kepada angkatan tenteranya hari ini, sehari sebelum beliau tunduk kepada tekanan antarabangsa dengan meletak jawatan sebagai ketua turus tentera untuk menjadi pemimpin awam Pakistan.

Pervez berbuat demikian semasa mengadakan lawatan dua harinya yang terakhir sebagai jeneral tentera ke markas tentera di sini.

Sekutu rapat Amerika Syarikat (AS) itu, yang menghadapi kemarahan yang semakin hebat di dalam dan di luar negara akibat perintah darurat yang beliau isytiharkan tiga minggu lalu, dijadual meletak jawatan sebagai ketua turus tentera esok.

Pada hari Khamis, Pervez akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan untuk penggal kedua selama lima tahun, tetapi kali ini tanpa uniform yang beliau ibaratkan seperti kulitnya.

Tempat persinggahan pertamanya hari ini ialah Markas Ketua Staf Bersama, yang menggabungkan pejabat panglima tertinggi angkatan tentera udara, laut dan darat.

Pervez yang memakai uniform istiadat yang dilengkapi dengan pingat-pingat dan selempang hijau, menerima kawat hormat dengan iringan muzik yang dimainkan oleh sebuah pancaragam tentera.

Beliau juga mengadakan pertemuan selama 15 minit dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Tariq Majid dan bertukar-tukar cenderamata.

Para pegawai berkata, Pervez turut melawat ibu pejabat tentera laut dan udara yang berasingan.

“Jeneral Pervez akan mengadakan lawatan ke beberapa buah markas tentera hari ini dan esok untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata jurucakap Presiden, Tashid Qureshi.

Esok, beliau dijadual melawat ibu pejabat tentera darat untuk menyerahkan jawatannya sebagai ketua angkatan tentera bersenjata nuklear kepada penggantinya, bekas ketua perisik Jeneral Ashfaq Kiyani.

Dengan meletak jawatan daripada pasukan tentera, Pervez yang merampas kuasa pemerintah pada 1999, menunaikan tuntutan utama daripada rakyat Pakistan dan juga daripada masyarakat antarabangsa.

Peletakan jawatan Pervez itu, bagaimanapun, dijangka tidak akan meredakan kemarahan para pemimpin pembangkang Pakistan yang mengancam akan memulaukan pilihan raya umum yang ditetapkan pada 8 Januari ketika negara itu dilanda krisis politik paling serius sejak penubuhan negara itu 60 tahun lalu.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.