saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 28/11/2007

ATB tumpaskan kumpulan pengganas


GEMPUR... Anggota-anggota Pasukan Atur Cepat memulakan serangan ke atas kubu musuh dari arah pantai.


PADA 13 November lalu, radar keselamatan di Markas Taktikal Pulau Berhala, Sabah berjaya mengesan pergerakan sebuah bot memasuki perairan negara. Ia berkemungkinan bergerak menuju ke arah pulau itu.

Pengesahan telah dibuat oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memaklumkan bahawa bot tersebut dipercayai kumpulan bersenjata yang melarikan diri dari negara mereka untuk berlindung di pulau-pulau sekitar Sandakan.

Mereka berbuat demikian kerana tertekan dengan serangan berterusan pasukan keselamatan negara jiran itu.

Dua hari kemudian, iaitu 15 November, kumpulan itu mendarat di Pulau Berhala dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Markas Taktikal Pulau Berhala dengan bantuan mesingan kegunaan am (GPMG) dan mesingan ringan (LMG).

Berikutan serangan berkenaan, bantuan telah dimohon daripada Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) untuk memusnahkan kumpulan pengganas itu.

ATB seterusnya mengarahkan satu operasi khas dilaksanakan dengan mengatur-gerak pasukan tindak cepat (QRF) bagi tujuan itu.

Demikianlah senario demonstrasi serangan yang dipamerkan oleh ATB semasa lawatan pihak media ke Pulau Berhala baru-baru ini.

Perjalanan dengan bot dari Sandakan ke Pulau Berhala memakan masa kira-kira 10 minit.

Serangan dimulakan dengan sebuah pesawat TUDM jenis Beechcraft membuat pemantauan seterusnya memberikan bantuan tembakan dari udara.

Serentak itu, dua bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), CB90H turut memberi bantuan tembakan menggunakan mesingan berat (HMG) dari arah barat pulau berkenaan.

Sejurus itu kelihatan dua bot jenis RIB yang dinaiki anggota-anggota Pasukan Atur Cepat (PAC) dari 10 Briged Para merapati pantai secara senyap.

Serangan sedemikian biasanya dilakukan pada awal pagi supaya musuh tidak dapat melihat kedatangan pasukan tentera.

Sebelum sampai ke pantai, anggota-anggota tersebut terjun ke dalam laut dan bergerak dengan pantas untuk mengambil kedudukan sebelum membuat serangan.

Tujuan mereka menyerang dari arah pantai adalah bagi mengalih pandangan musuh untuk membolehkan sebuah lagi pasukan PAC menggempur dari arah lain.

Ditewaskan

Kemudian kelihatan sebuah helikopter Nuri menuju ke arah sebuah bukit berdekatan. Menggunakan tali, sekumpulan anggota PAC turun dengan pantas membuat serangan dari arah timur pulau.

Helikopter kemudiannya berlegar di udara sambil memberi bantuan tembakan. Serangan serentak dari arah bukit, pantai dan udara ternyata membuatkan musuh kelam-kabut.

Akhirnya, asap merah kelihatan menandakan musuh dapat ditewaskan.

Dalam taklimat kepada pihak media selepas demonstrasi, Ketua Staf Markas ATB 2, Komander Hanafi Abdullah memberitahu, ATB ditubuhkan bagi menyelaras tugas bersama ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membanteras dan menghalang segala ancaman terhadap keselamatan pantai timur Sabah menerusi Ops Pasir.

Menurutnya, Ops Pasir (singkatan bagi Pandanan Sipadan Island Resort) telah dilancarkan pada 20 September 2000) membabitkan 19 pulau dengan 21 penempatan di sekitar Kudat, Sandakan dan Semporna.

Sebelum Ops Pasir dilancar, anggota-anggota Tentera Darat (TD) diatur-gerak ke pulau-pulau sekitar perairan pantai timur Sabah menerusi Ops Padan.

Penempatan pasukan TD di situ bermula selepas peristiwa penculikan oleh Kumpulan Abu Sayyaf pada 23 April 2000 di Pulau Sipadan melibatkan 21 tebusan termasuk pelancong asing.

Ia dilancarkan pada 29 April 2000 dengan menempatkan anggota-anggota tentera di Pulau Sipadan, Pulau Lankayan, Pulau Gaya, Pulau Kelumpang dan Pulau Bohayen.

Pada 18 September 2000, satu lagi kes penculikan oleh kumpulan pengganas yang sama berlaku di Pulau Pandanan membabitkan tiga orang awam.

Berikutan kes kedua itu, Kabinet memutuskan supaya jumlah penempatan dan anggota tentera di perairan Sabah ditingkatkan menerusi Ops Pasir.

Buat masa ini, Ops Pasir dijalankan secara bersama oleh TD, TLDM dan TUDM. Kawasan operasi Ops Pasir meliputi pantai timur Sabah dari Kudat hingga Semporna, Zon Ekonomi Eksklusif dan ruang udara Sabah.

Hanafi berkata, kejayaan utama operasi berkenaan adalah memenangi kepercayaan rakyat khususnya nelayan tempatan untuk menjalankan aktiviti mereka seperti dahulu.

“Dengan kehadiran pasukan keselamatan di kawasan ini, mereka bebas bergerak bagi menjalankan rutin harian tanpa merasa takut.

“Secara keseluruhannya kami telah meningkatkan tahap keyakinan penduduk tempatan,’’ katanya.

Selain itu jelas beliau, bilangan pelancong asing ke Sabah semakin bertambah di mana tahun lalu sahaja jumlahnya mencecah dua juta orang berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 1.8 juta (2005), 1.7 juta (2004) dan 1.2 juta (2003).

Beliau menambah, statistik kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut menurun menerusi penempatan tentera di pulau-pulau, rondaan maritim dan tinjauan udara.

“Dari tahun 2003 hingga sekarang, lebih 200 PATI berjaya kami tahan,’’ jelasnya.

Kehadiran ATB juga berjaya mencegah aktiviti-aktiviti negatif seperti penyeludupan dan penangkapan ikan secara haram.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.