saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/11/2007

Cinta Dan Keadilan kisah dua pelajar chambering

PELBAGAI usaha dilakukan oleh pihak Astro dalam memberi pelbagai hidangan tontonan menarik buat penontonnya. Bermula dengan Akademi Fantasia diikuti rancangan Raja Lawak dan kini semakin mendapat perhatian ialah Sehati Berdansa.

Terbaru, Astro dengan kerjasama Asia Media Content (AMC), menerbitkan sebuah drama bersiri 26 episod, berkisar realiti kehidupan iaitu Cinta Dan Keadilan yang akan mula bersiaran pada 3 Disember ini, Isnin hingga Khamis pukul 9 malam di Astro Ria.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan, drama tersebut merupakan satu fenomena baru kerana ia memaparkan keadaan sebenar yang berlaku dalam mahkamah.

“Masyarakat secara tidak langsung dapat belajar mengenai tradisi mahkamah dan undang-undang melalui drama ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di Mahkamah Tinggi Persekutuan, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Drama yang memaparkan konflik dua pelajar chambering itu diarahkan oleh Faisal Ishak dan dijayakan oleh Datuk Rahim Razali yang memegang watak Rashid dan juga pemilik Rashid & Co, Nor Aliah Lee (Tina), Julia Ziegler (Zafira), Nurfaezah (Sara), Nazril Idrus (Roslan) dan Nabila Huda (Honey).

Pengarahnya Faisal Ishak berkata: “Drama ini tidak hanya fokus kepada kes-kes yang dihadapkan ke mahkamah sebaliknya tentang kehidupan dua pelajar chambering iaitu Zafira dan Sara yang menghadapi pergolakan hati, emosi dan kehidupan.”

Menurutnya, sebelum memulakan pengambaran Ogos lalu, berbagai bentuk informasi tentang kes-kes mahkamah telah dilakukan termasuk yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar.

SINOPSIS

Cinta dan Keadilan mengisahkan suka duka yang terpaksa ditempuhi oleh Zafira dan Sara selaku pelajar chambering di firma guaman Rashid & Co. Zafira ialah graduan lulusan universiti tempatan yang ditugaskan bekerja di bawah Tina, seorang peguam senior yang amat tegas dalam menjalankan tugas tetapi lumpuh kedua-dua belah kakinya.

Sara pula merupakan graduan lulusan luar negara yang di tugaskan bersama Roslan, seorang peguam senior kacak yang juga merupakan anak kepada pemilik firma, Rashid.

Berbeza dengan Tina, Roslan memiliki segalanya sebagai seorang lelaki dan suami tetapi meniti masalah dalam rumahtangganya dengan Honey, seorang bekas model yang terlalu bergantung kepada suaminya.

Konflik dan ketegangan tercetus apabila Zafira melihat Sara sebagai saingan kuat. Tambah memburukkan keadaan, Tina sengaja memberikan Zafira kerja-kerja tambahan yang difikirkan Zafira terlalu remeh dan melampau untuk peguam popular sepertinya.

Tambah memburukkan keadaan, Zafira dan Sara terheret dalam masalah peribadi. Zafira mengalami konflik dengan teman lelakinya manakala Sara pula menyimpan perasaan cinta terhadap majikan yang jauh lebih tua darinya iaitu Rashid.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.