saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/11/2007

Amaran kepada KM Tamil Nadu

KUALA LUMPUR 28 Nov. – ‘‘Jangan campur tangan dalam urusan Malaysia.”

Demikian ingatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi dan pihak luar yang cuba mencampuri urusan negara ini.

Beliau menasihatkan Ketua Menteri Tamil Nadu itu supaya menjaga negaranya dengan baik-baik kerana apa yang berlaku di negara ini sama sekali tidak membabitkan Tamil Nadu.

‘‘Jaga negeri itu baik-baik. Negeri dia pun tak terkawal. Jangan nak campur tangan dalam hal urusan Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan Tamil Nadu, ini Malaysia,” tegas beliau kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Mohamed Nazri diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Tamil Nadu itu yang menggesa Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya mengambil tindakan segera bagi membantu masyarakat India di Malaysia.

Ketua Menteri Tamil Nadu itu dikatakan telah menulis surat kepada Manmohan pada Selasa lalu, meminta beliau mengambil segala langkah perlu berhubung dakwaan wujudnya ‘layanan buruk dan penderitaan’ kaum India di negara ini.

Kenyataan Karunanidhi itu disiarkan oleh sebuah laman web dan turut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang pada sidang Parlimen hari ini.

Kit Siang turut mempersoalkan tindakan Mohamed Nazri melabel mereka yang menghadiri perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai penyangak.

Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, adalah jelas 20,000 individu yang menyertai perhimpunan haram itu penyangak kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada polis dan perintah mahkamah juga sudah diperoleh untuk menghalangnya.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut dan tidak akan memohon maaf kepada Hindraf yang jelas membelakangkan undang-undang negara.

Malah Mohamed Nazri mengingatkan Hindraf dan mereka yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram pada masa hadapan, supaya jangan sesekali mencabar undang-undang negara kerana mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

‘‘Saya tidak mengatakan masyarakat India. Saya katakan 20,000 yang keluar itu adalah penyangak dan saya tidak akan minta maaf pada Hindraf. Jangan jadi samseng,” tegasnya.

Berhubung kenyataan penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar pula, Mohamed Nazri berkata, kerajaan akan mengkaji kesahihan dokumen yang dikeluarkan beliau dan yang dipaparkan dalam blog.

Beliau berkata, tindakan Uthayakumar itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan jika didapati benar, pihak Peguam Negara diminta mempertimbangkan untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

‘‘Ini kerana, ungkapan-ungkapan di dalam dokumen itu sememangnya menghasut. Dia menghasut untuk mendatangkan kemarahan orang India terhadap kerajaan, pada masa yang sama, siapa membaca khususnya orang Melayu beragama Islam akan marah terhadap Hindraf,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.