saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/11/2007

Pasangan hantaran termahal RM444,444.44 bercerai


Puteri Shahanaz dan Roslan Hashim.


KUANTAN 29 Nov. Pasangan Datuk Roslan Hashim dengan Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan tahun lalu dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di sini hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan oleh Roslan, 50, yang juga kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort setelah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunos.

Puteri Shahanaz, 25, yang juga bekas model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang melalui peguamnya, Dzulkarnain Mohamad memfailkan permohonan cerai pada 4 Oktober lalu.

Sebelum melafazkan cerai, Abdul Rahman memberi kebenaran kepada pasangan tersebut untuk bersalam, namun Puteri Shahanaz dilihat menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbuat demikian.

Roslan yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, bersetuju menceraikan Puteri Shahanaz dengan bayaran mutaah RM100,000 termasuk nafkah idah RM5,000 sebulan.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 September tahun lalu dengan mas kahwin RM22.50 dengan tambahan RM22,222.22 sementara wang hantaran pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran termasuk sebuah kereta BMW 320i bernilai RM250,000, barang-barang kemas bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Kos keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.