saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/11/2007

Tok Bali gagal berperanan sebagai lokasi transit

PASIR PUTEH 29 Nov. – Ketiadaan prasarana terutama jeti dan stesen pengangkutan awam merupakan antara faktor Tok Bali dekat sini, tidak lagi mampu berperanan sebagai lokasi transit untuk ke Pulau Perhentian dan Redang yang menjadi tumpuan pelancong.

Di samping itu, kemudahan penginapan masih terbatas di Tok Bali meskipun ia juga mempunyai kawasan-kawasan yang boleh dijadikan daya tarikan tersendiri agar pelancong turut menghabiskan masa di sini.

Sehingga ini, dua daripada empat syarikat pengusaha bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau peranginan itu telah menutup operasi apabila pelancong asing yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa memilih perkhidmatan bot di Kuala Besut, Terengganu.

Jurucakap Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet, Wan Muhamad Wan Ismail yang masih beroperasi di Tok Bali berkata, kerajaan Terengganu telah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti perhentian teksi, bas dan jeti yang lebih sempurna.

Berbeza di Tok Bali, katanya, pelancong menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan, hotel atau rumah rehat serta tidak mempunyai kedai makan yang mampu menyajikan masakan ala Barat.

“Sebelum ini, pelancong asing terpaksa berjalan jauh bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan terpaksa menggunakan jeti usang yang dibina secara persendirian,” katanya.

Wan Muhamad berkata, usaha kerajaan Pusat untuk menjadikan Tok Bali sebagai bandar baru nelayan yang termaju di bawah pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang berasaskan industri pelancongan dan perikanan akan terbantut kerana tiada fokus daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan, Sulaiman Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah lama menyedari masalah yang dihadapi sebilangan pengusaha bot pelancong di Tok Bali kesan ketiadaan projek pembangunan yang berkaitan.

Menurutnya, cadangan membina kedua-dua kemudahan itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang akan disalurkan menerusi Jabatan Laut dengan peruntukan berjumlah RM5 juta.

‘‘Adalah diharapkan kemudahan seperti stesen pengangkutan awam, kemudahan tempat makan dan tandas awam yang lengkap dan bersih disediakan terlebih dahulu.

‘‘Kita dapati ketiadaan perkhidmatan teksi dan bas menyebabkan pengusaha chalet tempatan juga tidak dikunjungi pelancong asing,” katanya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.