saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2007

Kaji kebebasan keluar masuk sempadan Wang Kelian

KANGAR 30 Nov. – Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mahu amalan keluar masuk secara bebas pada hujung minggu di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian di sini dihentikan demi keselamatan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, walaupun ia telah diamalkan sejak lebih 15 tahun lalu dan sehingga kini tidak timbul sebarang perkara buruk, kerajaan termasuk kerajaan negeri perlu mengkajinya semula kerana amalan itu boleh membuka ruang untuk kegiatan-kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kita tidak mahu apabila sudah berlaku sesuatu yang buruk, barulah kita mahu bertindak. Soal keselamatan negara adalah penting dan kita tidak boleh berkompromi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian di sini, semalam.

Mengikut Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara Indonesia, Malaysia, Thailand 1992, rakyat dari negara-negara yang bersempadan dibenarkan bebas keluar masuk untuk menjalankan aktiviti perniagaan di sempadan termasuk pasar sehari di Wang Kelian pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.

Menurut Mohd. Johari, amalan bebas keluar masuk itu perlu dikaji semula memandangkan sudah banyak perkara buruk berlaku di pintu-pintu masuk sempadan yang lain terutama aktiviti penyeludupan yang semakin meningkat.

“Rakyat dari kedua-dua negara perlu menggunakan dokumen yang sah untuk keluar masuk melalui pintu sempadan Wang Kelian pada hari berkenaan dan amalan sebelum ini perlu dihentikan,” katanya

Beliau berkata, amalan itu juga boleh memberi kesempatan kepada rakyat asing untuk tinggal lebih tempoh di negara ini kerana mereka bebas keluar masuk melalui CIQ pada hari berkenaan.

Katanya, apa sahaja yang melibatkan soal pelancongan adalah baik tetapi dalam masa yang sama, negara tidak boleh mengabaikan soal keselamatan.

“Justeru, walaupun mereka hanya mahu pergi ke pasar sehari di situ, mereka perlu menggunakan dokumen sah. Saya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya perkara ini dikaji semula secepat mungkin,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.