saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2007

57 maut pesawat terhempas - * Punca nahas belum pasti * Mangsa semua rakyat Turki


PARA penyelamat mencari mayat mangsa nahas dalam bangkai pesawat yang terhempas berdekatan bandar Keciborlu, di wilayah Isparta, Turki, semalam. – AP.


ANKARA 30 Nov. – Sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Atlasjet terhempas hanya beberapa minit sebelum mendarat di bahagian tengah Turki hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Tuncay Doganer berkata, sebuah helikopter penyelamat berjaya menemui bangkai pesawat itu selepas lima jam mencari di kawasan pergunungan berhampiran pekan Keciborlu di wilayah Isparta.

“Bangkai pesawat itu ditemui pada ketinggian 1,500 meter (5,000 kaki), 200 meter (650 kaki) dari puncak gunung Turbe Tepe dan cuma 11 kilometer dari lapangan terbang Suleyman Demirel di Isparta.

“Punca kejadian masih belum dapat dipastikan tetapi tidak membabitkan faktor cuaca berikutan tiada kabus tebal atau angin kencang ketika pesawat itu melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut Tuncay, dalam rakaman perbualan antara juruterbang pesawat dan menara kawalan beberapa minit sebelum kejadian, juruterbang memaklumkan dia dapat melihat lapangan terbang Isparta sebelum pesawat itu tiba-tiba hilang dari radar.

Pesawat MD 83 yang membawa 49 orang penumpang warga Turki dan tujuh anak kapal itu dikatakan berlepas dari Istanbul pada pukul 12.50 tengah malam (6.50 pagi waktu Malaysia) dalam perjalanan ke Isparta sebelum tiba-tiba terputus hubungan pada pukul 1.45 pagi (7.45 pagi waktu Malaysia).

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan pesawat berkenaan terputus kepada dua bahagian dengan bahagian ekor pesawat berada 150 meter (500 kaki) lebih tinggi berbanding badan pesawat.

Paparan berita televisyen tempatan menunjukkan kepingan bangkai pesawat bersama barang milik penumpang bertaburan di tapak nahas.

Beberapa anggota penyelamat menyatakan kebanyakan mayat mangsa tidak dapat dikenalpasti akibat dari kecederaan yang teruk.

– AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.