DALAM NEGERI
ARKIB : 02/12/2007
Cucu Tun Mustapha mati ditikam
![]() |
DATU AZLAN AMIR KAHAR. |
KOTA KINABALU 1 Dis. – Anak lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha ditemui mati dengan kesan tikam dan lebam di badan di rumah tunangnya di Penampang, dekat sini.
Datu Azlan Amir Kahar, 24, yang merupakan pelajar jurusan masakan di Kolej Inti Sabah di sini juga mengalami luka di kepala selain beberapa kesan tikaman di kedua-dua lengan.
Ekoran itu polis telah menahan tunang mangsa bagi membantu siasatan.
Menurut keluarga mangsa, mayat Allahyarham yang juga cucu kepada Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun ditemui di rumah tunangnya.
Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini oleh tunang dan ibunya kira-kira pukul 6 pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
Beliau juga mengesahkan penahanan tunang mangsa yang berusia 21 tahun untuk siasatan.
Sementara itu, Amir Kahar ketika ditemui memberitahu, beliau menerima panggilan daripada isterinya, Datin Aminah Ambrose mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira pukul 7 pagi ini.
Katanya, beliau yang berada di Kudat ketika kejadian terus ke QEH tetapi mendapati mangsa telah meninggal dunia.
“Allahyarham adalah anak yang periang dan baik,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di sini, hari ini.
Azlan merupakan anak ketiga daripada lima beradik iaitu Anwar, 28; Arif, 27; Ahmad Shah, 20, dan Amira, 16.
Amir Kahar berkata, anaknya mengikat tali pertunangan bersama pasangannya April lalu tetapi belum menetapkan tarikh untuk berkahwin.
Tambahnya, beliau menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menyiasat.
Beliau berkata, anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Ulu, Putatan bersebelahan kubur datuknya, Tun Datu Mustapha, petang ini.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












