saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 04/12/2007

APMM bakal miliki tiga kapal peronda baru

LANGKAWI 3 Dis. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal memiliki kapal peronda luar pantai (OPV) yang mampu meliputi kawasan operasi lebih luas termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dalam jangka masa lebih panjang.

Selain keupayaan tersebut, kapal itu juga akan dilengkapi dengan peralatan dan sistem canggih yang dapat mengurangkan jumlah anak kapal.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohammad Nik berkata, sebagai permulaan, tiga OPV akan dibina termasuk sebuah yang digunakan untuk latihan.

“OPV ini adalah untuk kegunaan di Laut China Selatan, khususnya pantai timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta utara Selat Melaka.

“Dengan adanya kapal ini, ia dapat memenuhi objektif penubuhannya sebagai sebuah badan penguatkuasa lautan di negara ini,” katanya kepada para pemberita pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 di sini, hari ini.

Buat masa ini, APMM menggunakan kapal bersaiz sederhana yang hanya mampu melakukan tugas di kawasan pesisir pantai.

Menurut Mohammad, OPV tersebut akan dibina di negara ini oleh syarikat tempatan melalui kerjasama dengan syarikat luar negara.

Katanya, kos pembinaan kapal tersebut terkandung dalam bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bernilai RM2.7 bilion.

Beliau menambah, pihaknya sedang meneliti dan merangka spesifikasi kapal berkenaan supaya dapat memenuhi keperluan APMM.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan butiran spesifikasi tersebut tetapi menggambarkannya sebagai sebuah kapal berukuran tidak kurang 80 meter dengan kelajuan 20 knot.

Jelasnya, OPV itu juga mempunyai tapak pendaratan pesawat yang akan membolehkan helikopter baru milik APMM mendarat di atasnya bagi membantu tugas-tugas penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat (SAR).

Mohammad memberitahu, APMM juga sedang mengumpulkan kertas cadangan daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk membekalkan sistem pemantauan di laut bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mengulas mengenai penyertaan kali kedua pada LIMA, beliau menjelaskan, APMM akan mempamerkan aset-aset terkini miliknya termasuk helikopter dan kapal yang baru diperolehi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.